KOTA KINABALU: Kesemua tujuh mangsa yang maut dalam
kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dari Brunei di Kilometer
8.9 Jalan Tamparuli-Ranau di Tuaran Selasa lepas dibawa pulang ke Brunei
kelmarin.
Mangsa dibawa pulang oleh pesawat khas Royal Brunei yang dihantar oleh kerajaan Brunei pagi kelmarin.
Selain itu, seramai 13 mangsa yang mengalami kecederaan ringan turut dibawa pulang oleh pesawat khas jenis Air Bus 320 itu.
Pesawat
yang berlepas kira-kira jam 12.30 tengahari dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) Terminal 2 itu turut diiringi oleh
Menteri Kewangan Dua Brunei, Pehin Orang Kaya Laila Setia, Datuk Seri
Setia Abdul Rahman Ibrahim dan Pemangku Menteri Kesihatan Brunei, Pehin
Orang Kaya Pekerma Laila Diraja, Datuk Paduka Hazair Abdullah.
Konsul
Brunei di Sabah, Daud Tahir berkata kesemua 20 mangsa yang masih berada
di negeri ini akan dibawa pulang ke Brunei secara berperingkat.
Katanya,
pada petang ini sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Brunei dijadual
membawa pulang sembilan mangsa yang mengalami kecederaan serius.
“Tiga
orang lagi yang mengalami kecederaan kritikal dan ditempatkan di Pusat
Rawatan Rapi juga akan dihantar pulang sekiranya keadaan mereka stabil.
“Bagaimanapun,
seorang pembantu pemandu yang mengalami kecederaan serius tidak dapat
dipastikan kerana masih perlu disoal siasat oleh pihak polis,” katanya
ketika ditemui di LTAKK Terminal 2.
Sementara itu, Panglima Lima
Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal berkata bantuan yang
diberikan oleh Markas Kem Lok Kawi bagi menguruskan jenazah mangsa
menunjukkan keakraban antara Malaysia dan Brunei.
“Selepas
mengenalpasti kesemua mangsa yang meninggal dunia awal pagi tadi, kita
siap menguruskan jenazah mangsa pada pukul 10 pagi sebelum dihantar ke
Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,” ujarnya.
Popular Posts
-
Gambar bogel selebriti remaja popular Selena Gomez, telah tersebar luas dimana gambar tersebut jelas menunjukkan Selena Gomez berbogel tanpa...
-
Meoro Attack ialah tajuk sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita...
-
KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Keti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya
Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya. Dan ukiran pisangnya memang terk...
No comments:
Post a Comment