ads

MY GENG

Tuesday, January 17, 2012

Bapa dipenjara 15 tahun, 12 sebatan kerana rogol anak

KOTA KINABALU: Seorang pengendali kren dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan rotan oleh Mahkmah Sesyen di sini kerana merogol anak perempuannya sendiri. Hakim Caroline Bee Majanil menjatuhi hukuman terhadap lelaki berumur 46 tahun itu apabila dia menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah ketika kesnya hendak dibicarakan kelmarin. Bapa itu merogol anak perempuannya berumur 17 tahun di sebuah rumah di kampung di Menggatal pada pertengahan Feb 2010. Kesalahan ini di bawah Seksyen 375 Kanun Kesiksaan yang boleh dihukum bersama Seksyen 376 (3) Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan rotan. Tertuduh kali pertama didakwa pada 27 Julai tahun lepas selepas dia menafikan perbuatan terkutuk itu. Mahkamah kemudiannya mengarahkan dia terus ditahan reman di bawah Seksyen 259 Kanun Kesiksaan sehingga kesnya dibicarakan. Menurut fakta kes, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada 12 Julai tahun lepas dengan menyatakan suaminya telah merogol anak mereka. Setelah mendapat maklumat, tertuduh ditahan pada hari yang sama di sebuah restoran di Jalan Sulaman, Menggatal. Dari siasatan menunjukkan tertuduh pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan pada waktu itu anak perempuannya itu keseorangan di rumah. Selepas makan kedua-dua mereka berbual-bual di ruang tamu. Tertuduh telah masuk ke dalam biliknya dan kemudian memanggil anak perempuannya. Apabila anak perempuannya masuk ke dalam bilik bapanya telah mengarahkan anaknya itu untuk menanggalkan seluar dalam. Mangsa enggan tetapi dipaksa oleh bapa kandungnya itu dan merogol mangsa di dalam biliknya. Selepas kejadian mangsa telah melarikan diri dari rumah tetapi pulang semula ke rumah apabila tertuduh dan anggota keluarga menjumpainya semula. Mangsa telah merahsiakan kejadian ini sehingga l Sept 2010, apabila dia memberitahu apa yang berlaku kepada ibu saudaranya. Mangsa juga tidak melaporkan pada polis kerana bimbang akan nasib masa depan adik beradiknya dan juga anggota keluarganya kerana hubungan ibu bapa mempunyai masalah. Dalam rayuannya, tertuduh meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia juga menyesal dan berasa malu dengan perbuatannya dan berjanji akan berubah dan menjadi bapa yang bertanggungjawab. Dia juga memberitahu, dia amat bimbang terhadap masa depan dua orang lagi anak-anaknya yang dijaga oleh ibu mereka. Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Afzan Abd Kahar yang bertindak sebagai pendakwa meminta mahkamah mengenakan hukuman lebih berat kerana tertuduh melakukan jenayah yang serius. Afzan berkata sebagai bapa kandung, tertuduh sepatutnya melindungi anak perempuannya itu dan bukanya merogol. Beliau juga berkata ketika kejadian mangsa hanya berumur 15 tahun dan enam bulan.

Tayangan wayang percuma ‘Sammy’s Adventures’ dan ‘Spy Kids 4’ pada 12 dan 19 Feb

ORANG ramai berpeluang menyaksikan tayangan wayang percuma ‘Sammy’s Adventures’ dan ‘Spy Kids 4’ pada 12 dan 19 Februari ini, jam 10.30 pagi di GSC Suria.
Tiket percuma boleh diperolehi di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan menghubungi Elizabeth Borubui di talian 088-521800.
Program ‘Bonding with Gaya Street a Community Heritage Exhibition’ pula diadakan pada 11 hingga 12 Februari ini di Lintasan Deasoka dan Jalan Gaya.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata, ia adalah acara baru bagi sambutan ulang tahun Bandaraya tahun ini.
“Ia adalah anjuran bersama DBKK dan North Borneo History Enthusiasts (NBHE),” katanya pada sidang akhbar, di Dewan Mesyuarat, DBKK, di sini, kelmarin.
NBHE adalah kumpulan dalam Facebook yang diwujudkan pada 7 Mei tahun ini oleh Justin Sunam Wong, seorang usahawan yang berasal dari Beaufort.
Abidin berkata, program ‘Bonding with Gaya Street’ diperolehi daripada nama asal Jalan Gaya iaitu ‘Bond Street’.
“Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan peluang kepada generasi muda betapa uniknya Jalan Gaya yang boleh dilihat melalui sejarah sosialnya iaitu cara hidup dan budaya, bangunan dan kedai lama, peristiwa atau acara-acara yang signifikan sepanjang pembangunannya yang turut mempengaruhi cara hidup komuniti Jalan Gaya,” katanya.
Beliau berharap program itu akan mengimbas kembali sejarah lama Jalan Gaya untuk pengetahuan warga Bandaraya.
“Antara pengisian program ini ialah pameran sejarah Jalan Gaya yang akan dipaparkan secara terbuka di Lintasan Deasoka dan di beberapa lokasi di Jalan Gaya.
“Selain itu, terdapat juga pameran dari permis-permis perniagaan di kawasan itu yang turut mempamerkan sejarah perniagaan mereka,” katanya.
Di samping itu kereta antik dan ‘signposted tour’ dalam bentuk ‘footprint’ akan turut dipamerkan selain persembahan akustik daripada pemuzik ‘buckers’.
Beliau berkata bagi mengimbas kembali nostalgia muzik yang popular di era 50an hingga 70an, konsert “Together Again’ akan diadakan pada malam Sabtu (11 Feb).
“Penyertaan orang ramai dalam pameran warisan komuniti ini untuk berkongsi cerita lama, kenangan, dan pengalaman meraka serta gambar lama berkaitan Jalan Gaya amat dialu-alukan.
“Mereka yang berminat untuk menyumbang boleh menghantarnya ke alamat emel bergaya2012@gmail.com dengan menyatakan nama penuh serta nombor telefon,” katanya.
Selain itu orang ramai juga boleh berkunjung ke gerai penganjur di kedai kopi Sen Chong Wah, Jalan Gaya, dan membawa gambar atau dokumen berkaitan untuk membuat salinan bagi tujuan pameran komuniti ini.
Gerai penganjur akan dibuka mulai 17 Januari (Isnin hingga Ahad) dari jam 11.30 pagi hingga 6 petang.

SUMBER

Sunday, January 8, 2012

Keputusan kes liwat-Anwar Ibrahim Tidak Bersalah

KEPUTUSAN PERBICARAAN KES LIWAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM | MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH | ANWAR IBRAHIM FOUND NOT GUILTY | MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH KES LIWAT Satu keputusan yang tidak disangka-sangka apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin MOhd Diah memutuskan Dato seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat ini. Kronologi Dalam Mahkamah : 9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya. 9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan. "Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik. "Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful." Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema. Berita selanjutnya mengenai keputusan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan menyusul... Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan. Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira. 9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter: "Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

Nikita tak ngaku porno

 Gambar dimana seorang lelaki memegang payudara Nikita

JAKARTA: Sekeping potret telanjang yang dirakam dalam sesi penggambaran profesional biasanya dilihat dari sudut seni dan pornografi.
Tetapi, bagaimana dengan Nikita Mirzani? Baru-baru ini beredar kembali gambar separuh bogel Nikita di Internet bersama seorang lelaki yang mukanya tak kelihatan.

Nikita tidak menganggap ia porno.
“Itu tergantung dari sudut pandangan orang yang melihatnya. Jika yang melihat itu orang biasa ia pasti menganggapnya pornografi,” ujar Nikita ketika dihubungi menerusi telefon.

Menurut Nikita, perkara itu bergantung kepada pada latar belakang orang yang melihat gambarnya. Jika yang melihat itu orang seni, gambar itu sudah pasti sebahagian daripada seni.

“Bagi orang seni seperti saya dan jurugambar, atau orang yang terbabit dalam dunia seni, ia adalah seni,” tegas Nikita. - Detikhot

Wednesday, January 4, 2012

Bunuh Diri Yang Tak Menjadi

Mati dengan cara yang sadis-18sg

p/s Mangsa mungkin mati dibunuh

Teknologi malaysia vs jepun vs amerika-Cerita Lawak

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’. Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot. Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear. Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami. (Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi) Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ? Tukang gali : Tidak ada apa-apa Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ? Tukang gali : Takde Dato’.. Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Sunday, January 1, 2012

Empat maut dan empat cedera dalam kemalangan di Tambunan

Tambunan: Empat maut dan empat lagi parah dalam satu kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 15 Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, berdekatan Kampung Kinabaan, di sini pada Jumaat.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hamza Taib berkata dalam kejadian jam 5.20 petang itu, empat mangsa yang merupakan penumpang pacuan empat roda jenis Nissan Frontier maut di tempat kejadian. Menurut sumber, keempat-empat mangsa yang maut di tempat kejadian adalah Bryne Mathew, 31, Jubin Justinus, 21, Rupinah Maurus, 33, dan Maurus Masida, 59. Mereka yang cedera pula ialah Anthony Maurus Masida, 25, Thomas Murus, 20, Oliver Denis Bryan, 5, dan pemandu lori, Jaslan Congkeng, 32. Hamza berkata, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tujuh orang itu dipercayai merempuh sebuah lori tangki ketika dalam perjalanan meraikan majlis perkahwinan saudara mereka di Kampung Mangi Pangi, Tambunan, dekat sini. “Kenderaan pacuan empat roda itu dinaiki oleh tujuh ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Kinabaan menuju ke Tambunan bagi menghadiri majlis perkahwinan. “Bagaimanapun, kenderaan yang dinaiki mangsa telah bertembung dengan sebuah lori tangki dalam perjalanan dari Keningau menuju Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi. Hamza berkata, pemandu dan dua lagi penumpang Nissan Frontier terselamat, manakala pemandu lori dan kelindan lori tangki mengalami kecederaan parah dan semuanya dikejarkan ke Hospital Tambunan bagi mendapatkan rawatan lanjut. Menurutnya, tujuh ahli keluarga yang menaiki pacuan empat roda berkenaan baru sahaja menghadiri satu acara pertunangan dan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinaan saudara mereka di Tambunan. “Bagaimanapun, ketika melalui selekoh di tempat kejadian kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan,” katanya. Akibat pertembungan itu, lori tangki minyak berkenaan terbalik lalu jatuh dalam sebuah gaung sedalam 10 meter di sebelah kanan jalan, manakala Nissan Frontier terbabit terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan. Pemangku Ketua Balai Bomba Tambunan, Alan Ayuhang yang berada di lokasi kejadian berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tambunan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang dan tiba di lokasi jam 5.35 petang bersama enam anggota dan sebuah jentera. Katanya, Bomba mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam pacuan empat roda berkenaan. Sementara itu, seorang saksi yang enggan namanya disiarkan, berkata ketika kejadian itu dia sedang berehat di bilik rumah berdekatan lokasi kejadian itu. SUMBER