ads

MY GENG

Friday, December 30, 2011

Kad pengenalan baru 2012

Hello semua..entry kali ini adalah berkaitan dengan kad pengenalan baru untuk 2012.ok..Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, beliau menyatakan bahawa MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan. Kita semua pun sudah tahu yang Mykad sekarang ni masih ada kelemahannya, oleh sebab itu banyak pemalsuan yang dilakukan dengan senangnya. Chip yang ada dalam mykad juga kadangkala tidak boleh dibaca oleh pengimbas dan ini juga salah satu diantara penyebab Mykad yang kita gunakan sekarang kurang efektif. Dengan adanya kad pengenalan baru ni pasti kelemahan yang ada dulu sudahpun di perbaiki, selepas ni aktiviti untuk menciplak Mykad pastinya jatuh kerana Mykad 2012 ini memang susah untuk dipalsukan. Kepada pemohon baru yang memohon Mykad mulai tahun depan, mereka akan diberikan MyKad struktur baru tersebut manakala pemegang MyKad lama (yang sedia ada sekarang) bolehlah menukar kad lama mereka dengan MyKad yang baru. Merujuk kepada Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, tiada kos ataupun bayaran dikenakan untuk permohonan baru kad pengenalan bagi umur 12 tahun (dalam masa 30 hari) tetapi kalau lewat daripada tu akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM10 manakala untuk gantian Mykad rosak, Mykad hilang, tukar alamat ataupun pindaan butiran dalam Mykad, bayaran akan dikenakan tidak melebihi RM10. Untuk maklumat lanjut, Anda boleh rujuk terus Laman JPN sendiri. p/s kompom sibuk dan sesaklah JPN mula tahun depan...heheh

Thursday, December 29, 2011

Ujian memandu guna kereta automatik mulai Mei 2012

KUALA LUMPUR: Cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri. Beliau berkata, cadangan itu dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada Mei setelah pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap. “Kurikulum ini perlu diubah kerana sebelum ini ia mengandungi sistem ujian memandu menggunakan kereta manual tapi sekarang dah guna kereta automatik, jadi memang beza,” katanya kepada Bernama. Abdul Rahim berkata, kementerian tidak terburu-buru dalam me-laksanakan ujian memandu menggunakan kenderaan automatik untuk berlaku adil kepada pengusaha institut atau sekolah memandu. “Kita perlu beri masa kerana mereka perlu ganti kereta yang manual kepada automatik. Ini semua kos, jadi kita bagi mereka masa,” katanya. Menurutnya walaupun dengan pengenalan penggunaan kenderaan transmisi automatik ini, terpulang kepada pelajar untuk memilih sama ada kenderaan manual atau automatik untuk belajar. Abdul Rahim berkata, apabila cadangan itu dilaksanakan, lebih ramai rakyat negara ini dijangka memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita. — Bernama “Kita tahu tidak semua orang boleh bawa kereta manual sebab susah, jadi bila kita bagi dia buat ujian guna kereta automatik, mereka mesti suka,” katanya. Mengenai kurikulum baru yang bakal diguna pakai, Abdul Rahim berkata pengubahsuaian itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin. “Sebelum ini kurikulum kita lebih kepada kemahiran dan pengetahun tentang undang-undang di jalan raya sebab itu kita ada ujian undang-undang dan ujian berkaitan kemahiran, tapi sekarang kita tambah satu elemen iaitu bagaimana untuk jadi pemandu lebih bertimbang rasa,” katanya. Abdul Rahim berkata usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertimbang rasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut kerana 60 hingga 70 peratus kemalangan itu disebabkan faktor manusia. Beliau juga berkata belum ada cadangan untuk menggantikan Sistem Kejara dengan sistem lain kerana ia masih relevan, malah diguna pakai oleh banyak negara. Katanya, sistem itu akan terus dilaksanakan kerana ia dapat menjadikan seseorang pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. “Kalau sistem ini tiada pemandu tidak takut jadi mereka boleh buat ikut suka di jalan, jadi kalau ada sistem ini mereka lebih hati-hati kerana bila mata Kejara mereka lebih daripada 15, lesen akan digantung,” katanya. — Bernama sumber

Kebakaran Bas di China

>

Wednesday, December 21, 2011

Lelaki tidur di rumah ‘kekasih gelap’ ditahan

KINARUT: Cubaan seorang lelaki melarikan diri dari dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) melalui pintu belakang rumah ‘kekasih gelapnya’ gagal apabila tindakannya itu berjaya dikesan sepasukan penguatkuasa Jheains yang membuat serbuan di rumah terbabit awal pagi kelmarin. Dalam kejadian di Taman Kinarut itu, sepasukan penguatkuasa Jheains telah menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 1 pagi, lalu mengetuk pintu rumah terbabit beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita berusia 41 tahun yang berpakaian lengkap. Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa Jheains dan meminta izin untuk melakukan pemeriksaan, wanita itu memaklumkan bahawa dia hanya tinggal bersama seorang anak perempuannya berusia 21 tahun. Curiga dengan jawapan wanita itu, penguatkuasa Jheains melakukan pemeriksaan ke atas rumah mereka, namun tidak menemui lelaki yang didakwa bersama anaknya. Wanita itu kemudian berang dan menegur pihak Jheains kerana bertindak melakukan pemeriksaan walaupun tiada lelaki yang dimaksudkan. Penolong Ketua Penguatkuasa Agama Jheains, Khamis Jamil berkata, selepas hampir 10 minit melakukan pemeriksaan dan menyoal wanita itu, dia tetap mendakwa bahawa hanya dia dan anak perempuannya sahaja yang berada di dalam rumah terbabit. “Bagaimanapun, ketika kami hendak beredar, dua anggota Jheains membawa seorang lelaki yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah wanita terbabit sebaik menyedari kehadiran pihak Jheains. “Ketika ditanya siapakah lelaki itu, wanita itu kemudian memaklumkan lelaki terbabit adalah anak angkatnya yang juga rakan anaknya yang menumpang tidur di rumahnya,” katanya ketika ditemui, di tempat kejadian di sini, awal pagi kelmarin. Khamis berkata, penguatkuasa kemudian bertindak menyoal lelaki yang berumur 25 tahun terbabit yang cuba melarikan diri, namun dia mendakwa ketakutan menyebabkan dia bertindak melarikan diri melalui pintu belakang rumah berkenaan. Beliau berkata, ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan dipercayai menjadikan rumah wanita itu untuk melepaskan nafsu mereka, walaupun ibu wanita itu berada di dalam rumah berkenaan. “Malah, daripada aduan dan siasatan Jheains selama hampir dua minggu, mendapati beberapa lelaki sering mengunjungi rumah wanita itu yang dipercayai sebagai lokasi anaknya melakukan maksiat bersama kekasih gelapnya. “Pasangan berkenaan dan ibunya yang juga seorang ibu tunggal dibawa ke balai polis Kinarut untuk diambil keterangan,” katanya. Khamis berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana berkhalwat. Sumber

Mangsa kemalangan dihantar pulang guna pesawat khas

KOTA KINABALU:  Kesemua tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dari Brunei di Kilometer 8.9 Jalan Tamparuli-Ranau di Tuaran Selasa lepas dibawa pulang ke Brunei kelmarin.
Mangsa dibawa pulang oleh pesawat khas Royal Brunei yang dihantar oleh kerajaan Brunei pagi kelmarin.
Selain itu, seramai 13 mangsa yang mengalami kecederaan ringan turut dibawa pulang oleh pesawat khas jenis Air Bus 320 itu.
Pesawat yang berlepas kira-kira jam 12.30 tengahari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) Terminal 2 itu turut diiringi oleh Menteri Kewangan Dua Brunei, Pehin Orang Kaya Laila Setia, Datuk Seri Setia Abdul Rahman Ibrahim dan Pemangku Menteri Kesihatan Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja, Datuk Paduka Hazair Abdullah.
Konsul Brunei di Sabah, Daud Tahir berkata kesemua 20 mangsa yang masih berada di negeri ini akan dibawa pulang ke Brunei secara berperingkat.
Katanya, pada petang ini sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Brunei dijadual membawa pulang sembilan mangsa yang mengalami kecederaan serius.
“Tiga orang lagi yang mengalami kecederaan kritikal dan ditempatkan di Pusat Rawatan Rapi juga akan dihantar pulang sekiranya keadaan mereka stabil.
“Bagaimanapun, seorang pembantu pemandu yang mengalami kecederaan serius tidak dapat dipastikan kerana masih perlu disoal siasat oleh pihak polis,” katanya ketika ditemui di LTAKK Terminal 2.
Sementara itu, Panglima Lima Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal berkata bantuan yang diberikan oleh Markas Kem Lok Kawi bagi menguruskan jenazah mangsa menunjukkan keakraban antara Malaysia dan Brunei.
“Selepas mengenalpasti kesemua mangsa yang meninggal dunia awal pagi tadi, kita siap menguruskan jenazah mangsa pada pukul 10 pagi sebelum dihantar ke Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,” ujarnya.

Seorang lagi mangsa kemalangan meninggal menjadikan mangsa kemalangan seramai 7 orang

KOTA KINABALU: Seorang lagi penumpang bas dari Brunei yang terlibat dalam kemalangan di Sabah semalam disahkan meninggal dunia, menjadikan angka kematian dalam tragedi itu kepada tujuh orang. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang hari ini berkata penumpang itu, ketua rombongan Awang Tarsad Damit, 58, meninggal dunia pada kira-kira 12.15 pagi di Hospital Queen Elizabeth di sini. Dua penumpang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli di Tuaran dan empat lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuaran. Tan berkata jenazah semua mangsa akan diterbangkan ke Brunei hari ini bersama-sama dengan 13 lagi yang terselamat dalam nahas itu. “Sebanyak 13 lagi yang kini berada dalam keadaan kritikal dan separa kritikal akan terus dirawat di Hospital Queen Elizabeth,” katanya kepada pemberita. Tan juga berkata sebuah pesawat komersil dihantar oleh kerajaan Brunei untuk membawa pulang mereka yang terselamat dan yang meninggal dunia. Beliau berkata pesawat itu tiba kira-kira 1 pagi dan dijangka berlepas pada tengah hari ini. Tan mengesahkan identiti tiga yang meninggal dunia dan tidak dapat dikenal pasti semalam sebagai Hasnah Yusof, 62, Noor Faridah Husin, 62, dan Abdul Ghani Muhamad, 66. Tiga lagi ialah Abdul Manan Ishak, 50, Pangiran Zaharah Pengiran Zainal, 61, dan Dayang Norhayati Abd Hadi, 61. Beliau juga berkata bas yang didaftar di Brunei itu membawa 33 orang termasuk dua kanak-kanak berumur tujuh dan sembilan tahun dan penumpang paling tua berumur 78 tahun. “Mereka terdiri daripada 32 warga Brunei dan seorang warga India, pembantu pemandu berusia 26 tahun. Mereka berada di Sabah untuk bercuti. Pemandunya yang berumur 38 tahun dan pembantu pemandu itu turut cedera parah,” katanya. Bas berkenaan hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam dan merempuh sebatang pokok di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran pada kira-kira 3.05 petang semasa dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Tawau. Tan berkata bas itu akan dihantar ke Puspakom Sdn Bhd untuk pemeriksaan.

sumber

Tuesday, December 20, 2011

Cara Baru Tingkatkan Trafik ke Blog Anda

Cara Baru Tingkatkan Trafix ke Blog Anda

 

p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat
Cara nya begini:
- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.


  1. mizz shizu
  2. Myself V3 Me &
  3. Blog Hanz
  4. BiMies’s WoRLd
  5. Farah Shafiqah
  6. Qila Razak
  7. CekLa
  8. Miss Yaty
  9. Magrib Menjelma
  10. Bila Luna Berkata Kata
  11. Putera30 Photographer
  12. Internet Tutorial
  13. [LUQMAN]
  14. GelakJE!
  15. HeadhuntersClanz

    PERATURAN!!!
    1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
    2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
    3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).
    ***So urutannya jadi mcm nie

    1. mizz shizu
    2. Myself V3 Me &
    3. Blog Hanz
    4. BiMies’s WoRLd
    5. Farah Shafiqah
    6. Qila Razak
    7. CekLa
    8. Miss Yaty
    9. Magrib Menjelma
    10. Bila Luna Berkata Kata
    11. Putera30 Photographer
    12. Internet Tutorial
    13. [LUQMAN]
    14. GelakJE!
    15. LINK BLOG KORANG KAT SINI!!!!


    4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
    Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
    Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
    Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
    Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
    Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
    Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
    Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
    Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
    Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
    Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
    Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
    Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
    Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
    Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
    Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
    Kita sama-sama cuba jaya okk….

    SELAMAT MENCUBA!!!

    ***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

6 Pelancong dari brunei Maut

TUARAN: Enam warga Brunei, termasuk empat wanita, terbunuh manakala enam yang lain berada dalam keadaan kritikal apabila bas pelancongan yang membawa kira-kira 29 pelancong dari Brunei melanggar pokok dan separuh dari atapnya hampir terbahagi kepada dua berhampiran 8,9 Kilometer, Jalan Tamparuli-Ranau, semalam
Seorang ahli bomba memeriksa keadaan bas yang hampir terbelah dua
  sebahagian daripada mangsa kemalangan dipindahkan ke hospital Queen Elizabath dari Hospital Tuaran
 Samsul cuba menenangkan adik perempuannya yang turut cedra dalam kemalangan tersebut
 Pihak polis dan kakitangan hospital memeriksa keadaan mangsa yang terbunuh dalam kemalangan dasyat tersebut

 Mereka telah maut PG. Hajah PG bunyi. Hj. Zainal, 61, Hajah Faridah, 60, Hjh. Pg. Norhayati Hj. Oleh Abdul, 61, Haji Abdul Jinan Hj. Ishak, 50, Haji Sapawi, 60, dan satu lagi identiti wanita yang masih tidak diketahui.
Empat belas orang, termasuk dua pemandu bas, turut cedera dalam kejadian jam 3 petang.
Ketua Polis Daerah Tuaran Timbalan Supt Zaharuddin Rasip berkata dua daripada mangsa tersebut mati di tempat kejadian manakala yang lain tidak disahkan mati apabila tiba di hospital Tuaran.
Beliau berkata laporan awal menunjukkan bahawa bas itu menuju ke arah Kota Kinabalu dari Ranau apabila bas memotong sebuah van dan hilang kawalan lalu terbabas dan menghentam  pokok yang besar. Ini menyebabkan bas itu berpecah kepada dua.
Polis masih menjalankan Penyiasatan, katanya.
Bas ini disahkan membawa seramai 29 pelancong dari Brunei bagi melawat kawasan pantai timur termasuk Sandakan, Tawau, Ranau dan Semporna sejak Jumaat.Mereka dikatakan akan menuju ke Kota Kinabalu dari Taman Kinabalu untukbermalam sebelum kembali ke Brunei.Menurut seorang penumpang, Samsul Salleh, kejadian itu berlaku sangat pantas dan tiada siapa yang mampu untuk bertindak balas."Kami sedang berbual sesama sendiri apabila tiba-tiba bas hilang  kawalan."Kita semua telah tercampak ke hadapan sebelum bas mendarat di seberang jalan  dan melanggar sebatang pokok," kata pemuda berusia 28 tahun dari Kampung Melaut Sempurong, Brunei.Samsul berkata beberapa minit selepas kejadian itu, dia melihat beberapa penumpang merangkak keluar dari bas."Saya segera bangun dan mencari kakak saya, Ismawafi, 20, dan mengeluarkannya melalui tingkap."Saya berjaya menyelamatkan kanak-kanak keluar dari bas, dan kebanyakan daripada kami hanya berharap dan berdoa supaya ada orang  datang dan membantu kami," katanya ketika ditemui di Hospital Tuaran, semalam.Samsul berkata pasukan penyelamat tiba dan menyelamatkan dan menghantar semua mangsa-mangsa, termasuk orang-orang yang masih di dalam bas ke hospital.Beliau hanya mengalami kecederaan kecil di kepala dan tangannya manakala adik perempuannya mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital.Seorang lagi yang masih hidup, Muhammad Nazirul Mubin, 21, berkata kebanyakan penumpang dicampakkan ke hadapan dan berhimpit ke atas satu sama lain."Sebelum kejadian itu, saya sedang tidur apabila rakan sebelah mengejutkan saya dan bertanya jika saya ada terhidu bau  getah terbakar."Saya membuka tingkap bas dan melihat tiga kenderaan lain di hadapan bas kami. Pemandu bas kemudian cuba untuk memintas kenderaan mereka."Saya terkejut mengapa pemandu cuba memotong kenderaan di hadapan tergesa-gesa dan tiba-tiba, keadaan menjadi huru-hara apabila bas tergelincir di jalan raya," katanya.Bas kemudian mendarat di sebelah jalan  dan melanggar sebatang pokok, yang menyebabkan bas hampir berpecah kepada dua, katanya.Keadaan di Hospital Tuaran sibuk dan  doktor, jururawat dan kakitangan hospital juga telah berusaha untuk menyelamatkan mangsa mangsa yang telah cedra.Semua mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.Kira-kira 13 ambulans telah digunakan untuk membawa mangsa-mangsa yang cedera dan mati ke hospital.Operasi menyelamat termasuk Bomba dan Penyelamat Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), ambulans dan polis.

Kermalangan bas jalan Ranau-Tamparuli - 6 maut

TAMPARULI: “Saya terhidu bau hangit seperti getah terbakar ketika bas menuruni bukit beberapa detik sebelum kemalangan,” kata Mohd Nazirul Mubin, 21, penumpang bas yang terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan enam pelancong warga Brunei, di sini, semalam.
Kejadian pada jam 3 petang di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli itu mengakibatkan bas terbabit yang dinaiki 33 penumpang menggelongsor di atas jalan sebelum merempuh dan ‘melekat’ di sebatang pokok hingga sebahagian besar bumbung kenderaan terkopak.
Wartawan Harian Metro yang tiba di tempat kejadian mendapati keadaan amat menyayat hati apabila mangsa yang terbunuh dan parah bergelimpangan, selain suara mengerang kesakitan jelas kedengaran.

Mohd Nazirul berkata, sebelum kemalangan bas yang membawa 22 penumpang perempuan dan 11 lelaki itu cuba memintas tiga kenderaan termasuk dua lori.


“Bagaimanapun, bas secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbalik lalu menggelongsor dan merempuh pokok,” katanya sambil memaklumkan penumpang bas adalah anggota rombongan kumpulan Muslimah Kampung Mulaut, Brunei.

sumber


Koleksi Lawak Juragan - Lawak Kartun





Friday, December 16, 2011

BMW Fasha Sandha kena curi

KUALA LUMPUR: Kereta mewah jenis BMW 3 Series milik pelakon popular, Fasha Sandha bernilai lebih RM200,000 dilaporkan hilang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa bersama ibunya dikatakan baru tiba di salun kecantikan milik keluarganya di pusat beli-belah berkenaan untuk bersiap menghadiri majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Penanggal di Bukit Bintang, di sini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kereta aktres berkenaan.
“Berdasarkan laporan dibuat, kereta itu diletakkan di tepi Jalan Delima berhampiran Wangsa Walk dalam keadaan berkunci.

“Ketika mahu kembali ke keretanya, mangsa mendapati kereta itu hilang. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Fasha ketika ditemui selepas majlis pelancaran filem Penanggal, lewat petang semalam, mengesahkan kehilangan keretanya dan memaklumkan laporan polis sudah dibuat oleh ibunya.

“Saya serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya. Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, kehilangan kereta terbabit hanya disedari Fasha ketika bergegas mahu ke lokasi majlis pelancaran filem di Bukit Bintang.

“Fasha tidak ada sebarang penggambaran dan menghabiskan masa menguruskan salunnya sambil bersiap untuk menghadiri majlis pelancaran filem terbaru.

“Bagaimanapun, ketika mahu bertolak ke lokasi majlis, Fasha mendapati keretanya hilang menyebabkan beliau panik, malah terlewat ke lokasi majlis,” katanya.

Want your car to look brand new again? Head over to #288CarSolutions today! #milkadeal

Want your car to look brand new again? Head over to #288CarSolutions today! #milkadeal

Follower yang ke 50 jatuh kepada.......

yehhh....followers yang ke 50  (heheh baru 50 da kembang hidung..orang yang sampai ribu ribu buat tak tau je). well.. tq kepada yang sudi menjadi follower kpada belog yang tak seberapa ini..dan tahniah kepada Racheal kerana berjaya menjadi member yang ke 50(tapi tak ada hadiah tau..heheh), so di sini saya mahu ambil kesempatan mau promosikan belog SI Racheal ni, so kengkawan semua jangan lupa melawat ke belog dia ni dan follow sekali ya.. p/s Racheal ni pempuan tau..heheh

Thursday, December 15, 2011

Jangan sesekali TERJEBAK! katakan TAK NAK!!

Hello bloggers semua..salam ceria dari saya..ok untuk entry kali ini saya nak berbicara mengenai kisah saya dengan ROKOK. Sebenarnya mula berjinak2 dengan rokok ni masa form 3 dulu itu pun pengaruh dari kawan juga..rasa kalau merokok ni dapat menujukkan kita ni lebih matang dan bergaya (konon lah), masa mula mula tu hisap 2-3 batang sehari niat dalam hati dalam masa setahun pasti dapat berhenti merokok ni tapi tup-tup dari umur 15 belas tahun sehingga umur 29 tahun rokok masih terpacak dekat mulut ni..duit entah berapa da habis dibakar. 14 tahun beb...lamanya tu, da berapa tahun umur ini saya sia siakan dengan menelan asap. Terus terang saya katakan..ayah saya bukan seorang perokok, dan dia tidak jemu untuk menasihatkan saya supaya tinggalkan tabiat ni, kebetulan ayah saya dulu bekerja sebagai MA kat hospital dan seringkali dia ceritakan kepada saya mengenai pesakit yang sesak nafas dan meninggal disebabkan ROKOK. So sejak 2 bulan ini saya telah cuba untuk berhenti secara mendadak dan syukur saya dapat melakukannya, sekarang sudah masuk 2 bulan lebih tak sentuh ROKOK ni, duit pun ada save sikit hehe..tapi tempoh 2 bulan ni bukannya lama pun kan. Ada bekas perokok yang dah berhenti bertahun tahun kembali merokok semula, memang tidak dinafikan mungkin saya juga akan kembali menjadi seorang perokok tapi mesti ada keyakinan beb, sekali ku ludah, takan ku jilat balik(cehhhhh).Apa apa pun kepada yang masih merokok tu renung renungkan lah tapi mesti ada yang cakap "ah..peduli apa ini kehidupan saya mahhhh, lu apa mau nasihat" in mesti ada ni hahaha...kita semua sudah dewasa dan mempunyai fikiran untuk menentukan mana baik dan buruk..so lu fikir lah sendiri.. p/s mahu berterima kasih kepada tunang & keluarga yang memberi dorongan kepada saya..kalau bukan kerana sokongan moral dari kamu semua saya pasti mulut saya masih lagi mengeluarkan asap rokok :)

Lelaki dipenjarakan kerana memasukkan terung ke dalam kemaluan isterinya

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memasukkan terung ke dalam faraj isterinya, tertuduh mengakui bahawa beliau telah dipengaruhi oleh apa yang dia dilihat selepas menonton filem-filem lucah. Bapa yang berusia 40 tahun dua mengaku bersalah sebelum timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Zulkifli Abllah, menjatuhkan hukuman kepada tertuduh kerana melakukan perbuatan seksual dengan menggunakan objek ke atas isterinya di dalam bilik sebuah rumah di sebuah kampung di Tamparuli pada 2 Disember. Zulkifli, yang juga sebagai Hakim Mahkamah Sesyen, mensabitkan tertuduh di bawah 377C Seksyen A Kanun Keseksaan, yang membawa penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan. Hakim memutuskan bahawa perbuatan orang yang dituduh adalah satu yang serius dan berharap bahawa tertuduh tidak akan mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang. "Saya harap anda tidak akan sekali-kali mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang kerana dalam Kanun Keseksaan menerangkan kesalahan ini sebagai satu kesalahan yang begitu serius dan jika mangsa dalam kes ini tidak mempunyai hubungan dengan anda, saya tidak akan teragak-agak mengenakan hukuman penjara yang lebih berat kepada kamu, "katanya memberi amaran. Hakim bagaimanapun berkata dalam penghakimannya, beliau mengambil kira fakta bahawa mangsa dalam kes ini adalah isteri orang yang dituduh dan sebagai suami, dia harus mempunyai sifat melindungi isterinya dan bukannya melakukan perbuatan yang diharamkan ke atas beliau. Beliau mengingatkan tertuduh bahawa jika dia mengulangi kesalahan itu, mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang lebih kepadanya. "Oleh itu, saya dengan ini menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dari tarikh tangkap dan harapan bahawa hukuman ini akan membuat kamu bertaubat," kata Zulkifli. Fakta-fakta kes itu menyatakan bahawa pada hari yang sama selepas kejadian itu berlaku, mangsa membuat laporan yang menyatakan bahawa suaminya telah memasukkan terung ke dalam farajnya. Mangsa juga menyatakan bahawa sebelum ini tertuduh telah melakukan perbuatan yang sama ke atas beliau yang menyebabkan dia menjadi trauma dan emosinya terganggu. Tertuduh akan memasukkan terung ke dalam faraj setiap kali ketika mereka melakukan hubungan seks dan pada masa yang sama tertuduh juga mabuk. Jika isteri enggan menurut tertuduh akan menjadi gila dan membuang benda-benda di dalam rumah. Dalam merayu supaya hukuman dilonggarkan, peguam Hamid Ismail mewakili tertuduh berhujah bahawa tertuduh telah bekerjasama dengan polis sepanjang tempoh siasatan. "Dalam kejadian, tertuduh dalam keadaan mabuk dan dia telah melakukan jenayah itu kerana dia menyangka isterinya telah bersetuju dengannya," Hamid berkata , sambil menambah bahawa sebagai seorang yang tidak berpendidikan dia melakukan ini adalah sebab dipengaruhi dengan menonton filem lucah dengan rakan. Hamid lagi menyatakan bahawa isteri hanya mengalami kecederaan faraj dan tidak kepada mana-mana bahagian-bahagian lain badannya. Hamid menggesa mahkamah untuk mengenakan hukuman penjara yang singkat dengan mengambil kira bahawa kedua-dua tertuduh adalah mangsa adalah suami dan isteri. Pegawai Pendakwa Penolong Penguasa Sabrina Jinius apabila menjatuhkan hukuman berat, berkata kesalahan yang telah dilakukan adalah tanpa persetujuan mangsa walaupun mereka adalah suami dan isteri. Jinius berhujah bahawa isteri tidak hanya akan membuat laporan terhadap suaminya tanpa memikirkan akibat pada dirinya dan anak-anak mereka. Jinius juga telah memgemukakan beberapa gambar objek yang digunakan oleh tertuduh dalam kes ini. Sementara itu, untuk mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku lagi, Hamid mencadangkan kepada mahkamah bahawa selain aku janji yang dibuat oleh tertuduh tidak mengulangi kesalahan itu, ahli keluarga juga perlu mengelakkan diri daripada membeli jenis sayur-sayuran yang mungkin akan digunakan oleh tertuduh melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. Sumber

Orang minyak’ ditangkap oleh mangsanya ketika cuba mencuri

TAWAU: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, Utusan Borneo difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju. Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka. “Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya. Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang. Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka. “Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya. Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka. Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas. Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit. SUMBER

Download Borang Bantuan LHDN online

OK untuk entry kali ini adalah berkaitan dengan borang LHDN rm500 tu dan bagi sesiapa yang masih belum dapat borang bantuan LHDN bolehlah download melalui link yang saya sediakan ni..daripada buat orang tua kita yang da tua berebut rebut hendak pergi mengambil borang ni bagus tolong download borang ini untuk mereka..kasihan orang tua kita berebut rebut nak dapatkan sehelai borang saja..:).Ok silalah download borang tu di:- BORANG TUNTUTAN RM500 <-sini tau kunjungi laman web Kementerian Kewangan Malaysia [MoF]

Wednesday, December 14, 2011

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China. Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel. Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut. Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia. Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis. Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya. Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang. Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.

Jom Join Bloglist Atiey 2011/2012

Jalan2 tengok blog orang terjumpalah satu blog ni..cantik tau ada bunga2 lagi, blog ini si HAZIATI ATIEY yang punya,, nak dijadikan cerita ada lah sagmen post dia ni, macam biasalah mau promosikan blog, jadi sebagai seorang blogger yang suka menyahut cabaran(cehhh) saya ambil lah peluang untuk join sagmen ni..tak susah pun...so kawan kawan semua sesiapa yang berminat jom terjah blog si HAZIATI ATIEY ini.

With d TouchWiz interface incorporated, I can customize my Samsung Galaxy W interface to whatever I like. #MYGalaxyW


With d TouchWiz interface incorporated, I can customize my Samsung Galaxy W interface to whatever I like. #MYGalaxyW

Christmas is here! The presents, the decorations, & Santa! Check out the amazing Christmas activities at #eCurve !



Christmas is here! The presents, the decorations, & Santa! Check out the amazing Christmas activities at #eCurve !

MEORO ATTACK - MEDIAFIRE LINK

Meoro Attack ialah tajuk sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita Jepun. Siri ini ditayangkan di Jepun melalui rangkaian TV Asahi dari 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980 menjelang temasya Olimpik Moscow 1980. Meoro Attack juga pernah disiarkan di Malaysia dalam bentuk alih suara melalui saluran TV1. Siri darama ini juga dipercayai berpengaruh di China sehingga berkali-kali diulang tayang, hasil kejayaan pasukan bola tampar wanita kebangsaan negara berkenaan menjulang Piala Dunia Bola Tampar pada tahun 1981. Ada sesiapa yang masih ingat siri drama ini?? .teringat zaman kecil kecil dulu, memang duduk rumah time petang petang tak nak ketinggalan seri drama ini...nostalgia betul...ni dia Terbaik dari ladang.. Download Link: 
Episode 01-02 (http://adf.ly/1WJ5t
Episode 03-04 (http://adf.ly/1WJ5u
Episode 05-06 (http://adf.ly/1WJ5v
Episode 06-08 (http://adf.ly/1WJ5w
Episode 09-10 (http://adf.ly/1WJ5x
Episode 11-12 (http://adf.ly/1WYTg)
Episode 13-14 (http://adf.ly/1WYTh
Episode 15 (http://adf.ly/1WYTi
Episode 16 (http://adf.ly/1WYTj
Episode 17-18 (http://adf.ly/1WYTk)
Episode 19-20 (http://adf.ly/1WYUm
Episode 21-22 (http://adf.ly/1WYsr
Episode 23-24 (http://adf.ly/1WYss
Episode 25-26 (http://adf.ly/1WYst)
Episode 27-28 (http://adf.ly/1WYsu)
Episode 29-30 (http://adf.ly/1WYsv
Episode 31-32 (http://adf.ly/1XVZg
Episode 33-34 (http://adf.ly/1XVZh
Episode 35-36 (http://adf.ly/1XVZi
Episode 37-38 (http://adf.ly/1XVZj
Episode 39-40 (http://adf.ly/1XVZk)
Episode 41-42 (http://adf.ly/1Xx7Z
Episode 43-44 (http://adf.ly/1Xx7a
Episode 45-46 (http://adf.ly/1Xx7b
Episode 47-48 (http://adf.ly/1Xx7c
Episode 49-50 (http://adf.ly/1Xx7d
Episode 51-52 (http://adf.ly/1bTq5
Episode 53-54 (http://adf.ly/1bTq6
Episode 55-56 (http://adf.ly/1bTq7
Episode 57-58 (http://adf.ly/1bTq8
Episode 59-60 (http://adf.ly/1bTq9
Episode 61-62 (http://adf.ly/1qJLW
Episode 63-64 (http://adf.ly/1qJLX
Episode 67-68 (http://adf.ly/1qJLY
Episode 69-70 (http://adf.ly/1qJLZ
Episode 71-72 (http://adf.ly/1qJLa
TAMMAT!!!

Giliran Search gegar Borneo

KERINDUAN peminat rock Borneo pasti terubat apabila dua konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo akan berlangsung di Sabah dan Sarawak.
Sebelum ini, konsert itu membuka tirai di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November diikuti Johor Bahru (3 Disember) dan Kuala Lumpur (17 Disember ini).

Dua konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo itu diadakan di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 24 Disember dan Stadium Negeri Kuching, Sarawak (31 Disember).

Kata vokalis Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, konsert Fenomena Search adalah dua konsert terbesar Search di Sabah dan Sarawak dalam skala besar membabitkan kos RM1.3 juta.
 “Jelajah ini pasti menjadi sesuatu yang istimewa sempena hari jadi ke-30 tahun Search dalam industri muzik tempatan. Kami turut mendapat kerjasama daripada dua stesen radio, MuzikFm dan CatsFm menjayakan dua konser“Reaksi diterima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan facebook (fb) juga amat menggalakkan membuatkan kami mahu memenuhi cita rasa mereka dan mencuba
sesuatu yang baru. Bagi saya dan rakan anggota Search, kami mahu memberikan konsert yang jujur dan diingati peminat di Sabah dan Sarawak hingga bila-bila. Kami juga tidak sabar mahu bertemu peminat di sana yang memang diketahui sangat meminati muzik,” katanya pada sidang media di Borneo Baruk Club, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert itu dibawakan penganjur bersama, Universal Credential dan Nova Music (M) Sdn Bhd.

Hadir sama, Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim dan Ketua Pemasaran Operasi Universal Credential Sdn Bhd, Datin Nirwana Abdul Jalil.

Selain Amy selaku vokal, sidang media turut dihadiri empat anggota Search iaitu, Kid dan Din (gitar), Nasir (bass) dan Yazit (dram).

Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Tawau dimulakan dengan ‘opening act’ juara AF6, Stacy dan Sarawak dimeriahkan pula kumpulan Masterpiece.

“Selepas 15 tahun tidak menjayakan sebarang konsert di Sabah dan Sarawak, akhirnya Search kembali. Seperti diketahui Tawau dikenali bandar Rock ‘N’ Roll Sabah dan juara AF6, Stacy berasal dari Sabah.

“Kedatangan kali ini bersama lagu penuh Search tanpa sebarang ‘medley’ dan kami akan menyampaikan 20 hingga 25 lagu terbaik Search. Kami sudah bersedia dan sekarang kita tunggu dan lihat,” kata Nasir.

Nasir turut memberitahu, Search kini dalam proses mengumpulkan lagu untuk album baru berasaskan aura album Fenomena.

“Ada pihak memberi cadangan supaya kami buat single tetapi ini bukan masa mencuba permintaan pasaran.

“Buat masa ini, kami sudah ada lima lagu dan masih menyiapkan sebahagian
lagi bersama penerbit, Datuk M Nasir. Memang selesa berganding bersama seseorang bersikap terbuka dan dapat menerima pandangan seperti beliau.

“Kami tidak menerima bulat-bulat melodi diberikan M Nasir, sebaliknya memilih lagu terbaik saja dan ada masanya beliau mengatakan kami cerewet. Apapun, kami gembira bekerja bersamanya kerana persefahaman dan tahu karakter masing-masing hingga membawa kami sejauh ini,” katanya.

Rosmin pula berkata, dua konsert berskala besar itu membuktikan komitmen penganjur memberikan persembahan rock berkualiti kepada peminat.

“Apa yang pasti konsert seperti ini mengembalikan zaman kegemilangan muzik rock yang dikenali melalui konsert ‘stage presence’ dan berbesar hati sokongan diberikan sangat menggalakkan,” katanya.

Sejak 30 tahun lalu, Search adalah salah satu peneraju muzik rock di Malaysia. Sejak ditubuhkan pada 1981, Search menghasilkan 25 album dan konsert mereka sentiasa dibanjiri penonton.

Dua album, Cinta Buatan Malaysia serta Langit dan Bumi mencatat Rekod Emas dan rekod platinum bagi album Mentari Merah di Ufuk Timur.

Fenomena adalah pencapaian tertinggi Search dengan jualan lebih 220,000 unit di Malaysia dan lebih 600,000 unit di Indonesia dan kali pertama dipasarkan dalam format CD pada 1989.t di Borneo.

Langgar dan Rogol : Pekerja Am Tentera dipenjara 20 tahun.

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja am Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dihukum penjara 20 tahun dan sebatan tujuh kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah merogol seorang mangsa kemalangan, dua tahun lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid turut memerintahkan hukuman penjara Che Mohd. Sufian Che Rashid, 30, bermula hari ini setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Che Mohd. Sufian didakwa merogol wanita tersebut yang berusia 26 tahun di sebuah rumah beralamat No.17-0-1, Kelompok Nuri C, Jalan AU 25/26, Ulu Klang, Sentul di sini antara pukul 7.20 pagi dan 8.30 pagi, 20 November 2009.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Berdasarkan keterangan kes, sebelum kejadian berlaku, tertuduh didakwa memandu keretanya lalu melanggar wanita terbabit yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Lelaki itu kemudian membawa mangsa ke rumahnya untuk diberikan rawatan.

Apabila tiba di rumahnya, lelaki itu bertindak mengikat tangan mangsa lalu merogolnya, hingga menyebabkan wanita tersebut hampir lemas kerana mukanya tertindih di atas tilam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ain Nur Amiyerra Awod memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh ekoran perbuatan yang dilakukan terhadap mangsa berdasarkan fakta kes yang dikemukakan kepada mahkamah.

Peguam bela yang mewakili Che Mohd. Sufian, Adenan Ismail pula merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana tertuduh sudah insaf dan menyesali perbuatannya.

Bagaimanapun, permohonan peguam bela untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi ditolak oleh Emelia Kaswati.

Sumber

Borang Palsu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

PERHATIAN : Jika sesiapa memberikan anda borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mewajibkan anda memberikan nama/nombor akaun bank dan salinan buku bank.. sila abaikan kerana borang ini adalah PALSU !!!!! .. borang BR1M yang asal tidak mempunyai ruangan untuk mewajibkan anda mengisi segala informasi akaun bank anda.. tolong sebarkan.. TERIMA KASIH. sumber

Pendakwaraya gagal buktikan tuduhan terhadap Anwar - Sankara Nair.

KUALA LUMPUR : Peguam Sankara Nair berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah. “Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka. Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah. “Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini,” kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan kelmarin. Perbicaraan Fitnah II kini memasuki peringkat penggulungan hujah. Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguam bela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku. “Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku." “Itu pendirian kita dan tohmahan yang dilemparkan tak pernah berlaku." “Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami,” kata Sankara penuh yakin. Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah. sumber

Tuesday, December 13, 2011

Oh..Oh maggi Senang dimasak Sedap dimakan

slurrrpp!!!! slurrpppp!!!!! punya sedap....kenyang juga makan maggi saja ditambahkan dengan sayur hongkong..bukan niat mau makan maggi bah untuk tengahari ini tapi pas pas kehabisan beras, nah ini lah akibat kalau tidak mahu ambil tahu apa yang kurang di dalam rumah. Mahu tda mahu petang ni kena turun beli beras kalau tidak alamatnya malam makan maggi saja lah, tapi siapa juga tahan kalau makan maggi di waktu malam, mesti mau juga makan nasi bah kn. :)

Unta VS Pramugari - Cerita Lawak

Di tengah padang pasir saat terik matahari siang, Hasim bersama untanya berjalan sendirian. Tiba-tiba timbul gairah seks yang menggebu-gebu, Hasim berfikir, “Kenapa sekarang? Di tengah padang pasir begini dengan siapa saya harus melampiaskannya?” Kerana sudah nafsu dan pengaruh dahsyatnya terik matahari padang pasir membuat otaknya sedikit error, diapun berfikir untuk melampiaskan nafsunya pada untanya. Melihat gelagat aneh majikannya, si unta pun berusaha menyelamatkan diri dengan berlari. Hasim pun mengejarnya, namun unta itu sepertinya terlalu laju untuk dikejar. Tiba tiba ada pesawat yang melintas di tengah padang pasir tersebut dengan api membakar kedua mesinnya dan pesawat pun itu jatuh kira-kira 50 meter dari Hasim berdiri. Hasim menghampiri pesawat tersebut, tak ada satupun penumpang yang selamat. Saat Hasim meninggalkan pesawat tersebut, dia ternampak seorang pramugari seksi tergolek tak jauh dari bangkai pesawat. Hashim pun mendekati pramugari tersebut dan mendapati pramugari itu masih hidup dan Hasim pun menolong pramugari tersebut. selepas itu pramugari tadi pun bangun, ia terus memeluk Hasim dan berkata, “Anda telah menyelamatkan saya. Saya akan melakukan apa saja untuk membuat Anda senang.” Hasim pun menyambut dengan gembira, “Serius nih? Apa saja?” Pramugari itu berkata dengan nada menggoda,“Apa saja walaupun itu melelahkan”. Hasim pun terus memegang tangan pramugari tersebut dan berkata, “Tolong bantu tangkap unta saya, ya!”

Book your seats now, it’s the MAS Year End sales!


Book your seats now, it’s the MAS Year End sales!: From Paris to Japan, MAS wants you to enjoy a wintery holiday with special year-end, all-inclusive fares! Travel anytime now till 31 December 2011; booking period ends 11th December 2011.

ONLY RM18 a month for Blackberry plan! Value for money!



ONLY RM18 a month for Blackberry plan! Value for money!: Tune Talk has lowered its low monthly rate of RM 28 to RM 18 for its prepaid Blackberry Internet Service (BIS) plan! Subscribe now!

Monday, December 12, 2011

Katun lawak - Langkawit

Langkawit is da best :)

Bengkak-Cerita Lawak


Suatu hari doktor specialis kelamin didatangi oleh seorang anak muda yang berbadan tegap
Anak muda: selamat pagi doktor..
Doktor : selamat pagi, ya apa yang saya boleh bantu?
Anak muda: saya harap doktor tidak ketawa..
Doktor : baik saya adalah seorang doktor profisional..
Si anak muda pun menurunkan celananya sehingga kelihatan “burungnya”yang hanya sebesar jari kelingking..
Doktor: (sambil tersipu2)..jadi apa masalahnya?
Anak muda: ini lah masalah nya doktor, sudah seminggu anu saya bengkak...
Doktor : lol

Hajat terakhir si bakhil-cerita lawak


Ada seorang lelaki yang seumur hidupnya hanya bekerja dan menyimpan semua wang yang diperolehinya.  Lelaki itu adalah seorang yang kedekut, dia lebih sayangkan hartanya daripada semua perkara, dan sejurus sebelum dia meninggal dunia, dia memanggil isterinya dan berkata “wahai isteriku, apabila saya mati, saya mahu kamu ambil semua wang saya dan letakkannya di dalam keranda dimana mayat saya ditempatkan”. Jadi si isteri pun berjanji dia akan meletakkan semua wang suaminya dalam keranda apabila tiba masanya nanti.
Apabila si suami meninggal dunia si isteri pun duduk di sebelah keranda suaminya sehinggalah upacara selesai bersama sama dengan kawan baiknya. Sejurus sebelum keranda suaminya ditutup, si isteri berkata “tunggu sebentar ada kotak saya hendak masukkan dalam keranda suami saya”katanya, dia pun datang dengan kotak itu dan letakkannya dalam keranda suaminya. Keranda itu pun ditutup untuk dikebumikan.
Kawannya berkata, “saya harap kau masih waras untuk meletakkan semua wang dalam keranda suami kamu”, dan si isteri pun berkata,”ya saya seorang isteri yang patuh kepada kata kata suami saya tidak boleh mengambil wang hasil dari titik peluh suami saya, dan saya sudah pun berjanji dengannya. Kawannya berkata “jadi kamu masukkan semua sen dalam kerandanya”?. Si isteri berkata,”ya oleh kerana wangnya terlalu banyak wang itu saya masukkan dalam akaun saya dan saya hanya menulis cek untuk diberikan kepadanya”