Popular Posts
-
Gambar bogel selebriti remaja popular Selena Gomez, telah tersebar luas dimana gambar tersebut jelas menunjukkan Selena Gomez berbogel tanpa...
-
Meoro Attack ialah tajuk sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita...
-
PENAMPANG: Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh, manakala 21 penumpang bas jabatan itu termasuk seorang wanita dan dua kanak-kana...
Wednesday, December 21, 2011
Lelaki tidur di rumah ‘kekasih gelap’ ditahan
KINARUT: Cubaan seorang lelaki melarikan diri dari dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) melalui pintu belakang rumah ‘kekasih gelapnya’ gagal apabila tindakannya itu berjaya dikesan sepasukan penguatkuasa Jheains yang membuat serbuan di rumah terbabit awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian di Taman Kinarut itu, sepasukan penguatkuasa Jheains telah menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 1 pagi, lalu mengetuk pintu rumah terbabit beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita berusia 41 tahun yang berpakaian lengkap.
Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa Jheains dan meminta izin untuk melakukan pemeriksaan, wanita itu memaklumkan bahawa dia hanya tinggal bersama seorang anak perempuannya berusia 21 tahun.
Curiga dengan jawapan wanita itu, penguatkuasa Jheains melakukan pemeriksaan ke atas rumah mereka, namun tidak menemui lelaki yang didakwa bersama anaknya.
Wanita itu kemudian berang dan menegur pihak Jheains kerana bertindak melakukan pemeriksaan walaupun tiada lelaki yang dimaksudkan.
Penolong Ketua Penguatkuasa Agama Jheains, Khamis Jamil berkata, selepas hampir 10 minit melakukan pemeriksaan dan menyoal wanita itu, dia tetap mendakwa bahawa hanya dia dan anak perempuannya sahaja yang berada di dalam rumah terbabit.
“Bagaimanapun, ketika kami hendak beredar, dua anggota Jheains membawa seorang lelaki yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah wanita terbabit sebaik menyedari kehadiran pihak Jheains.
“Ketika ditanya siapakah lelaki itu, wanita itu kemudian memaklumkan lelaki terbabit adalah anak angkatnya yang juga rakan anaknya yang menumpang tidur di rumahnya,” katanya ketika ditemui, di tempat kejadian di sini, awal pagi kelmarin.
Khamis berkata, penguatkuasa kemudian bertindak menyoal lelaki yang berumur 25 tahun terbabit yang cuba melarikan diri, namun dia mendakwa ketakutan menyebabkan dia bertindak melarikan diri melalui pintu belakang rumah berkenaan.
Beliau berkata, ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan dipercayai menjadikan rumah wanita itu untuk melepaskan nafsu mereka, walaupun ibu wanita itu berada di dalam rumah berkenaan.
“Malah, daripada aduan dan siasatan Jheains selama hampir dua minggu, mendapati beberapa lelaki sering mengunjungi rumah wanita itu yang dipercayai sebagai lokasi anaknya melakukan maksiat bersama kekasih gelapnya.
“Pasangan berkenaan dan ibunya yang juga seorang ibu tunggal dibawa ke balai polis Kinarut untuk diambil keterangan,” katanya.
Khamis berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana berkhalwat.
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya
Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya. Dan ukiran pisangnya memang terk...
No comments:
Post a Comment