ads

MY GENG

Monday, December 20, 2010

Gambar Kemalangan Cameron Highlands - 27 maut







KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan.

Gambar Kemalangan Cameron Highlands, Gambar Kemalangan Simpang Pulai
27 terbunuh dalam kemalangan bas dekat Kampung Kawai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, sebentar tadi.

Angka korban nahas bas pelancong meningkat 27 orang
20/12/2010 4:19pm

IPOH 20 Dis. – Seorang lagi penumpang bas warga Thailand meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pukul 4 petang ini, menjadikan jumlah kematian nahas bas pelancong di Simpang Pulai hari ini meningkat kepada 27 orang termasuk tiga rakyat Malaysia.

Kesemua 27 mayat itu dibawa ke hospital. – Utusan

Tragedi bas pelancong: 3 rakyat Malaysia turut maut
20/12/2010 4:06pm

IPOH 20 Dis. – Tiga rakyat Malaysia turut terbunuh dalam nahas bas pelancong yang terbabas di Simpang Pulai hari ini.

Ini bermakna jumlah korban dalam tragedi bas tersebut meningkat kepada 26 orang.

Ketiga-tiga mereka adalah pemandu bas tersebut, Omar Shahidan, 48, serta pemandu kedua dan pemandu pelancong yang belum dikenal pasti identiti masing-masing.

Bas tersebut yang bernombor pendaftaran AFX 2266 membawa 34 penumpang warga Thailand ketika kejadian dan dipercayai dalam perjalanan dari Cameron Highlands.
IPOH: Seorang pelajar berkata dia melihat mayat bergelimpang di atas jalan raya sejurus selepas bas pesiaran yang membawa pelancong Thailand terbabas di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai menyebabkan 28 terbunuh setakat ini.

“Saya juga nampak ada kanak-kanak terbaring di longkang dipercayai tercampak dari bas,” kata Mohamad Shafwan Mohd Nan, 17, yang mengikuti rombongan sekolahnya dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands.

Mohamad Shafwan berkata ketika sampai di tempat kejadian, beliau nampak beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik itu.

Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang pemandu bas yang dikenali sebagai Omar Shahidan dari Kangar, Perlis, terbunuh apabila bas pesiaran itu terbalik ke dalam longkang ketika turun dari pusat peranginan itu pada jam 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Mereka yang cedera dibawa dengan ambulans ke hospital manakala mayat dibawa dengan lori polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

Setakat ini, polis telah mengesahkan mangsa yang mati adalah 12 lelaki dan 15 wanita manakala identiti seorang lagi belum dikenal pasti.
Wartawan dan jurugambar yang bekejar ke tempat kejadian terpaksa berjalan tiga kilometer ke tempat kejadian kerana laluan itu telah ditutup kepada semua lalu lintas bagi memudahkan kerja menyelamat.

Usaha untuk mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku semasa kejadian agak sukar kerana semua penumpang lain dan dua lagi rakyat Malaysia iaitu pembantu pemandu dan pemandu pelancong mengalami cedera parah.

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, yang mempunyai banyak cerun, dibuka kepada lalu lintas pada 2003 dan menjadi laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah.

Ia juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi Gua Musang melalui Lojing di Kelantan.-Bernama video




Sunday, December 19, 2010

Google trick-Tukar lambang Google kepada nama yang anda suka :)

:) bosan dengan lambang google bila nak cari sesuatu mengunakan Google...ini ada satu tips untuk mengubahnya kepada nama yang anda suka :)

1.Pergi ke http://www.shinysearch.com/
2.Pilih Backgroundnya dan kemudian tulis nama anda..setelah selesai presss ENTER
3.Setelah Itu, Copy Alamat Pada Addres Bar, Kemudian Pastekan Di "Tools --->Option---->HomePage" (Buka FireFox

"selamat mencuba"




Google tricks-google translate keluar bunyik BeatBoxing

Kalau Kamu tidak percaya try sendiri...heran bin ajaib :)

1) pergi http://translate.google.com/

2) pilih german to german translation

3) paste ni "pv zkbschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv
bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk" tanpa quote

4) kuatkan volume and tekan listen...




Pengguna paling tua Facebook


LILLIAN LOWE menunjukkan muka surat Facebook miliknya di iPad.

TENBY - Seorang nenek, Lillian Lowe yang berusia 103 tahun dipercayai menjadi pengguna Facebook tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Lillian dari selatan Wales, Britain, Lowe membuka akaun di laman jaringan sosial berkenaan untuk berhubung dengan tujuh cucu dan 13 cicitnya.

Dia melayari Facebook dengan menggunakan komputer iPad milik seorang cucu lelakinya, Steve.

"Saya menyukainya, Facebook amat menarik. Ia cara yang menarik untuk berhubungan dan mendapat maklumat," kata nenek itu.

Menurut Steve, neneknya masih memiliki daya ingatan yang baik dan dia gemar mengambil tahu keadaan cucu dan cicitnya.

Dilahirkan pada tahun 1917, Lowe merampas gelaran pengguna Facebook tertua daripada Ivy Bean yang meninggal dunia semasa tidur pada usia 104 tahun, Julai lepas. - Agensi

SUMBER





Senarai-senarai negara nuklear dunia

Berikut adalah senarai negara-negara nuklear dunia dan bekalan senjata mereka. Anggaran bekalan adalah berdasarkan kepada pelbagai sumber.


* KOREA UTARA (2006)
Dipercayai memiliki bahan hablur untuk membina sehingga setengah dozen senjata, tetapi anggaran itu terlalu banyak selain tidak boleh disahkan.
* AMERIKA SYARIKAT (1945)
Lebih 5,000 kepala peluru berpandu strategik, lebih 1,000 kepala peluru berpandu operasi taktikal – yang digunakan untuk tujuan peperangan dan kurang berkuasa berbanding jenis strategik. Dikatakan, ia juga memiliki kira-kira 3,000 kepala peluru berpandu taktikal dan simpanan.
* RUSIA (1949, sebagai
Kesatuan Soviet)
Hampir 5,000 kepala peluru berpandu strategik dan kira-kira 3,500 kepala peluru berpandu operasi taktikal. Selebihnya, ia memiliki lebih 11,000 kepala peluru berpandu strategik dan taktikal dalam simpanan.
* PERANCIS (1960)
Sekurang-kurangnya 350 kepala peluru berpandu strategik.
* CHINA (1964)
Sekurang-kurangnya 250 kepala peluru berpandu strategik dan 150 kepala peluru berpandu taktikal.
* BRITAIN (1952)
Kira-kira 200 kepala peluru berpandu strategik.
* INDIA (1974)
Antara 45 dan 95 kepala peluru berpandu nuklear.
* PAKISTAN (1998)
Antara 30 dan 50 bom kepala peluru berpandu nuklear.
* ISRAEL
Enggan mengesahkan ia sebuah negara nuklear tetapi dikatakan memiliki sekurang-kurangnya 200 kepala peluru berpandu nuklear.




Gambar Tempat kejadian selepas kemalangan



Pagi tadi dalam perjalanan balik dari Tambunan ke kota kinabalu, saya sempat berhenti di tepi jalan untuk melihat sendiri tempat kemalangan yang membabitkan bas Jabatan Penjara baru² ini. Ada beberapa buah kereta juga turut berhenti di tepi dan melihat kawasan berkenaan.




Friday, December 17, 2010

Empat ditahan untuk Membantu siasatan pembunuhan Doktor.

KOTA KINABALU: Polis telah berjaya menyelesaikan pembunuhan seorang doktor swasta terkenal di Tawau minggu lepas dengan menahan empat orang rakyat tempatan termasuk seorang wanita pada 14 Disember lepas.

Empat yang ditahan itu berusia antara 20 dan 27 tahan dan kini ditahan reman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan.

Polis buat masa ini sedang dalam proses untuk menahan ‘suspek utama’ yang sudah dikenal pasti untuk menyelesaikan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Hamza Taib berkata demikian kepada para wartawan pada sidang media di sini selepas menyaksikan serah tugas antara Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (CID) yang baru SAC Omar Mammah yang mengambil alih tugas daripada pemangku ACP Mohd Shariff Abdul Wahid di Kepayan kelmarin.

Hamza berkata, seuspek utama itu masih berada di Sabah dan hanya menunggu masa untuk menahannya.

Menjawab pertanyaan, Hamza berkata, suspek-suspek yang ditahan adalah rakan-rakan suspek utama itu.

Sementara itu, di Tawau, Ketua Polis Tawau, ACP Ibrahim Chin yang mengesahkan penahanan keempat-empat suspek itu berkata, satu operasi turut dilakukan bagi memburu seorang lagi lelaki yang dipercayai menjadi suspek utama kes terbabit.

“Identiti suspek yang masih bebas itu sudah pun dikenalpasti dan dia dipercayai sedang bertindak menyembunyikan diri.

“Kita juga turut meminta pihak berkuasa di pintu-pintu keluar masuk di negeri ini supaya turut sama membantu mengesan suspek sekiranya dia cuba keluar dari negara ini,” katanya.

Dalam hal sama, Ibrahim meminta masyarakat supaya tidak panik berhubung kes terbabit kerana siasatan mendapati ia berkaitan soal peribadi.

Terdahulu pada majlis serah tugas itu, Hamzah mengingatkan para pegawai polis agar tiba di tempat kejadian dalam tempoh 15 minit seperti yang dikehendaki dalam Program Transformasi Kerajaan.

“Saya tahu anggota-anggota saya di semua 20 daerah berdepan dengan pelbagai masalah untuk tiba dalam tempoh yang ditetapkan itu tetapi kita akan berusaha untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

“Saya amat gembira sekali kerana kita sudah mencapai sasaran untuk mengurangkan indeks keseluruhan jenayah dan meminimakan kesleuruhan indeks jenayah kepada lima peratus,20 peratus untuk jenayah jalanan dan 40 peratus pennyelesian jenayah,” kata Hamzah.

Sementara itu, Omar dalam ucapannya berjanji akan meneruskan pencapian terbaik CID di Sabah.

Sebelum dinaikkan pangkat, Omar, 50, yang dilahirkan di Semporna adalah Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor dan beliau adalah pegawai kanan polis yang terbabit dalam penyiasatan pembunuhan seorang usahawan terkenal Sosilawati.

Omar menyertai pasukan polis pada 1989 dan beliau adalah bekas Pegawai Bahagian Jenayah Kota Kinabalun untuk tempoh tiga tahun dan Komander Pulapol Kota Kinabalu untuk tempoh lima tahun.




Thursday, December 16, 2010

Kemalangan ngeri jalan Tambunan-moyog



PENAMPANG: Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh, manakala 21 penumpang bas jabatan itu termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki cedera apabila ia terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 32, Jalan Penampang-Tambunan, Kampung Moyog dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, bas Jabatan Penjara berkenaan dalam perjalanan dari Keningau ke Tawau selepas pegawai dan kakitangannya menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah Jabatan Penjara Sabah di Keningau.
Mereka yang terbunuh ialah tiga warden, iaitu Madinah Alhamdulillah, 38; Selamat Idris, 31 dan Saberin Murad, 28, serta pemandu kedua bas itu, Muslimin Mohamad, 36.
PENAMPANG: Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh, manakala 21 penumpang bas jabatan itu termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki cedera apabila ia terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 32, Jalan Penampang-Tambunan, Kampung Moyog dekat sini, pagi semalam.


Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, bas Jabatan Penjara berkenaan dalam perjalanan dari Keningau ke Tawau selepas pegawai dan kakitangannya menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah Jabatan Penjara Sabah di Keningau.
Mereka yang terbunuh ialah tiga warden, iaitu Madinah Alhamdulillah, 38; Selamat Idris, 31 dan Saberin Murad, 28, serta pemandu kedua bas itu, Muslimin Mohamad, 36.
Madinah berasal dari Semporna, Selamat dan Muslimin dari Tawau serta Saberin dari Kampung Rampayan, Menggatal dekat Kota Kinabalu.

Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu adalah isteri kepada seorang daripada 18 kakitangan penjara yang cedera, manakala dua kanak-kanak ialah, Norehan, 12, iaitu anak Muslimin dan Hafidz Ramli, 14, anak seorang lagi kakitangan penjara yang cedera.

Tujuh daripada mereka yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala 12 lagi separuh kritikal dan dua stabil.

Jalan Penampang-Tambunan adalah laluan berbukit sepanjang kira-kira 40 kilometer di Banjaran Crocker yang berfungsi sebagai laluan utama Keningau-Penampang.
Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Sabah, Superintendan Bon Jeen a/l Ah Rom @ Sowat, berkata siasatan awal mendapati bas dipandu Ridzuan Samda Mudin, 35, dipercayai gagal dikawal ketika melalui laluan berbukit sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung.

“Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada bas itu mengalami masalah brek. Kami akan ambil kenyataan Ridzuan apabila beliau stabil," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan I Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Noor Amit, berkata anggotanya terpaksa menggunakan tali untuk menuruni gaung dan mengeluarkan mangsa tersepit di bawah bas.

Beliau berkata, tiga mangsa pertama yang cedera ringan memanjat tebing bukit dan keluar dari gaung jam 11.13 pagi, manakala empat mayat dijumpai terhimpit di bawah bas.

Ridzuan yang cedera di kaki dalam kejadian itu berkata, beliau gagal mengawal kenderaannya berikutan masalah brek.

"Ketika menuruni bukit di selekoh, saya tekan brek tetapi tidak berkesan. Saya tak tahu hendak buat apa lagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Norehan, 12, berkata ketika kejadian beliau duduk di sebelah ayahnya.

“Apa yang saya ingat ialah brek yang kuat dan bas berpusing. Lepas itu saya tidak ingat apa-apa sehingga saya sedar, saya berada dekat bahagian enjin bas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam pada itu, seorang pemandu lori yang mahu dikenali sebagai Wong mendakwa, bas berkenaan dipandu laju ketika memotongnya di Gunung Emas, beberapa kilometer sebelum tempat kejadian.

"Apabila tiba di tempat kejadian, baru saya tahu bas yang memotong lori saya terjunam ke dalam gaung," katanya ditemui di tempat kejadian.




Wednesday, December 15, 2010

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)



Jana Wang dengan Nuffnang Advertiser

Pernah dengar tentang Nuffnang Advertiser? ok, Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.

Pelantar dalam talian ini membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar.

Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.

Selain pengiklanan berasaskan blog, Nuffnang juga membina reputasi dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Nuffnang telah menjadi tumpuan media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Sunday Times, Singapura selain media-media lain.

Bagaimana Membuat Teks Banner

Dalam posting kali ini saya ingin menjelaskan langkah demi langkah untuk membuat teks banner untuk header di blog kita. Ia sangat mudah kerana kita hanya perlu meletakkan apa sahaja dan boleh mengubah warna yang kita kehendaki. Okey anda mungkin tertanya-tanya bagaimana caranya. Ikuti tutorial yang telah saya sediakan ini, semoga tutorial ini berguna untuk anda..
1. Kita boleh membuaty banner tersebut secara online di http://cooltext.com
2. Anda hanya perlu memilih logo style yang anda suka,disini kita boleh memilih style yang kita suka, mengikut citarasa kita sendiri.


3. Selepas itu kita hanya perlu mengubah teks yang kita kehendaki


4. Render logo tersebut dan anda telah pun selesai.

5. Anda bolehlah savekan logo tersebut,mendapatkan kod HTML ataupun menghantar logo tersebut di email anda. Selamat mencuba




Tuesday, December 14, 2010

Retro Christmas Album



Retro Christmas - Stan Kenton - What Is A Santa Claus.mp3
Retro Christmas - Julie London - I'd Like You For Christmas.mp3
Retro Christmas - John Klein - Winter Wonderland.mp3
Retro Christmas - Fred Waring & His Pennsylvanians - Ring Those Christmas Bells.mp3
Retro Christmas - Henry Mancini - The Christmas Song.mp3
Retro Christmas - The Metro Strings - Christmas.mp3
Retro Christmas - Ferrante & Teicher and Les Baxter - Sleigh Ride.mp3
Retro Christmas - Al Caiola & Riz Ortolani - Holiday On Skis.mp3
- Holiday On Skis.mp3
Retro Christmas - Henry Mancini - Frosty The Snow Man - Rudolph The Red-Nosed Reindeer.mp3

Retro Christmas - The Hollyridge Strings - Have yourself a Merry Little Christmas.mp3
Retro Christmas - Esquivel - Here Comes Santa Claus.mp3
Retro Christmas - Dean Martin - White Christmas.mp3
Retro Christmas - Burt Bacharach - The Bell That Couldn't Jingle.mp3
Retro Christmas - Henry Mancini - White Christmas.mp3
Retro Christmas - The Hollyridge Strings - Santa Claus is coming to Town.mp3
Retro Christmas - Esquivel - Sun Valley Ski Run.mp3
Retro Christmas - John Klein - Santa Claus Is Comin' To Town.mp3
Retro Christmas - Eddie Dunstedter - I saw mommy kissing Santa Claus.mp3
Retro Christmas - John Barry - Do You Know How Christmas Trees Are Grown.mp3
Retro Christmas.m3u
Retro Christmas - The Hollyridge Strings - Santa's Got A Brand New Bag.mp3

Monday, December 13, 2010

Christmast Mp3


yehhh...saya ada uploadkan beberapa lagu-lagu krismas..so jangan malu2..download saja..syok juga didengar dalam kereta bila mau pulang kampung nanti..
Count Your Blessings.mp3
The Christmas Song.mp3
Jingle Bells.mp3
Christmas Time Is Here.mp3
Sleigh Ride.mp3
White Christmas.mp3
Santa Claus is Coming to Town.mp3
I'll Be Home for Christmas.mp3
Have Yourself a Merry Little Christmas.mp3

Nat King Cole - The Christmas Song.mp3
Jingle Bells (bonus track).mp3
Winter Wonderland.mp3

Kartun Lawak si Langkawit - 2



Tadi bila susun surat kabar lama saya ada terlihat kartun dari si Langkawit. Nah saya syer sana kamu.. :)..bilang orang nda bagus kalau nda syer-syer




Jom sertai Rangkaian Youthsays. Dapatkan ganjaran untuk setiap apa yang anda kongsikan


35.000 remaja di malaysia telah memutuskan untuk menyertai Youthsays untuk berkongsi pendapat dengan remaja-remaja di malaysia

Hanya dengan menggunakan Facebook dan Twitter, mesej anda akan dikongsikan dengan rakan-rakan di seluruh malaysia

Anda dan rakan anda mungkin akan menjadi orang yang pertama memilih kempen untuk dikongsikan pada rangkaian sosial kita, dan mendapatkan wang tunai dan hadiah melalui usaha kita itu. Anda boleh menyertai Youthsays ini melalui link di bawah. semuanya adalah percuma.

Sertai Youthsays disini

7 children are abused everyday in Malaysia. Help to stop child abuse now.


Rata-rata 7 anak-anak di Malaysia mengalami penderaan setiap hari pada tahun 2009,
dan ini hanya melibatkan kes yang DILAPORKAN sahaja
"Get on Board" adalah kempen yang dianjurkan oleh UNICEF untuk memberikan masyarakat Malaysia sumber pengetahuan
untuk menghentikan kekerasan dan penderaan kanak-kanak. Jangan tunggu sampai anak kesayang...an anda menjadi mangsa keganasan.
Sama-samalah kita menyokong kempen ini..klik link di bawah dan isikan nama, email anda untuk membuktikan anda menyokong kempen ini. Kempen ini tidak akan mendapat sambutan jika bukan bermula dari diri kita sendiri. Saya telah menyokong kempen ini, jadi anda bagaimana pula...renung-renungkan lah wahai kawan-kawan ku..

http://malaysia.youthsays.com/alfreddy82/unicef


UaaJoin YouthSays

This week, catch Ashida and Ask Me Again in action! - YouthSays Campaign - YouthSays.com

This week, catch Ashida and Ask Me Again in action! - YouthSays Campaign - YouthSays.com

Sunday, December 12, 2010

Gorge Lian's Mp3


Silalah download mp3 yang saya telah uploadkan ni. Penyanyi yang memang popular ni memng telah dianugerahkan suara yang memang Power bilang orang :) so kalau mau dengar lagu-lagu beliau ,sialalah download, jangan malu-malu :)

George Lian-Popobuhu Ko Nopo Doho.MP3

George Lian - Tambalut Id Soborong Do Rahat.MP3
George Lian - Otuong Nopo Poingompus.mp3/
George Lian - Otuong Nopo Poingompus.mp3
George Lian -Mongoi Tomu Tongilan.MP3

Saturday, December 11, 2010

Hinava (Resepi dari sabah- sedap bah)


Bahan-Bahannya
* Ikan Tenggiri - Isinya sahaja tulang dibuang dan dicincang halus
* 6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
* 2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
* 3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
* Sedikit garam, serbuk perasa, Halia
* Peria - Dihiris halus
* Cili merah - dihiris halus
* Cili padi

Cara-cara
1) Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga halus.
2) Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
3) Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
4) Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.
5) Selamat mencuba resepi dari Sabah Negeri Di Bawah Bayu sedap BAH!!

Thursday, December 9, 2010

Daerahku Tambunan (Pedalaman Sabah)


Kedudukan Geografi

Dari segi geografi ,Tambunan terletak di bahagian Pendalaman Sabah. 80km dari kota kinabalu (ibu Negeri) di sebelah barat 48km, dari Ranau di sebelah utara ,dan 48km dari keningau di selatan Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018).Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018)yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara..Dari segi Budaya,barbagai bagai mitos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama ,adat resam dan asal usul puak puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang.Kisah asal usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan /Dusun di Tambunan.

Sejarah Tambunan


Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika .Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan , daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo.Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya.Namun demikian beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan .Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang,di samping juga seorang pemimpinyang berkeboleihandan baik hati.Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya. termasuk isteri dan anak mereka.Menanam tanaman seperti padi huma ,jagung ubi kayu ,labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum wanita .Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan berburu binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa. Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada ketika itu.Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati.Apabila bilangan penduduk bertambah ,lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk menanam.Penduduk kampung itu yang mengelarkan diri mereka orang dataran(oleh keran mereka tinggal di dataran Tambunan)menjadi bertambah maju dan aman damai dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan.

Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran .Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu.Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau mereka.Dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk.

Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan.Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya . Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan.Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran.

Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka .Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormati nya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya .Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka tiu GOMBUNAN .

Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran .Mereka adalah puak Tamadon.Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan.Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon.Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang menejutkan daripada puak Tonsundung ,puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan.Pada masa yang sama juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan.Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon.

Sampai sahaja masanya puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka ,maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai .Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga .Lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh .Pahalawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa lama tidak kelihatan.Dibanding dengan mereka jumlah yang mengalami kecederaan hanya sedikit.

Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadak n pesta besar besaran ,makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya .Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari Gombunan ke Tambunan.selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak .TAM diambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang.


Tugu yang menjadi lambang kebeberanian Tamadun dan Gombunan

Tanda-Tanda anda kemaruk Internet!

1. Anda menulis alamat rumah anda semasa mengisi apa-apa borang dengan alamat email atau url blog anda.

2. Loceng di rumah anda bertulis “Click here to continue”

3. Pintu bilik mandi anda bertulis “WARNING: This website contains explicit adult material, please verify your age”

4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen.

5. Ketika bertemu dengan rakan lama anda akan berkata: lu g mana? gua “ping” pesal ‘no reply’?

6. Anda menggunakan Google untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.

7. “Unable to locate your server!” kata Anda ketika menerima telefon yang tersalah dail.

8. Anak-anak Anda diberi nama Ajoi.gov supaya dia jadi pegawai kerajaan atau Ajoi.edu supaya dia jadi mahasiswa nanti.

9. Anda susah menggerakkan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.

10. Ketika kereta anda terlepas simpang , yang pertama anda cari adalah tombol UNDO.

11. Anda memperkenalkan diri sebagai: youremail@… atau .domain.com

12. Anda keluar dari komuter dengan berkata “request time out!!!”

13. Ketika hidup anda mengalami stress, anda akan terfikir mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del.

14. Ketika anda sedang bersama dengan isteri, pintu bilik anda ada tulisan “you don’t have permission to access it”.

15. Ketika cinta anda ditolak awek anda selalu berkata “This program is not responding” sambil geleng2 kepala.

16. Jika ada orang lain yang mendekati awek anda, anda berkata kepada mamat tersebut “Sorry This Page Has Been Owned By ….”

Kalau da ada abaikan..

Cinta Monyet

Bercakap pasal Cinta monyet ni memang semua orang pun pernah melaluinya kan? Teringat pula zaman sekolah rendah dulu hehe.Cinta monyet ni kalau nak diikutkan memang perkara normal bagi budak-budak sekolah rendah sampai ada yang berbalas-balas surat dan ada ditangkap oleh cikgu sekolah,tak pasal-pasal kena berdiri depan perhimpunan :).

Monday, December 6, 2010

Butod (Ulat Rumbia)



Butod adalah sejenis ulat yang hidup di dalam pokok rumbia yang telah reput.Butod biasanya memakan batang rumbia yang reput. Bagi penggemar makanan exzotik, makanan seperti ulat rumbia ini adalah makanan yang istemewa kerana mempunyai khasiat protien yang tinggi. Proses untuk mendapatkan ulat rumbia ini bukanlah mudah kerana pokok rumbia mestilah ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur oleh "indungnya" .Proses ini biasanya memakan masa kira2 sebulan atau lebih selepas pokok rumbia atau "polod" ditebang. Kita biasanya akan mengetahui batang rumbia itu mempunyai "butod" dengan cara mendengar atau melihat adanya "indung" berterbangan di kawasan itu.Butod biasanya akan mengeluarkan bunyi apabila memakan batang rumbia tadi.Butod bolehlah dimakan mentah2 tetapi harus dibersihkan terlebih dahulu atau dimasak. Biasanya butod akan ditumis dengan minyak sehingalah garing.Butod yang telah dimasak sangat sedap dihidangkan dengan nasi panas atau bagi kebiasaan kaum kadazan dusun butod seringkali dijadikan "pusas" dalam upacara keramaian.



Kartun Lawak si Langkawit

Mungkin semua kita khususnya yang berasal dari sabah memang kenal sudah sama si Langkawit ni kan sebap dia punya katun tiap hari keluar di "Daily Express"...Ini ada saya kasi post dia punya lukisan katun yang simple tapi senang kita mau faham dia punya lawak spontan. sepertimana yang kita tahu..kadang2 dia punya lawak ni macam menyindir juga tapi menyindir dengan cara yang halus bilang orang...apa2 pun memang dia ni kartunis sabah yang best lah...nda pernah kering dengan idea. Sama2lah kita bagi sokongan moral sama dia ni..


Siri Sketsa Budak-budak Ld & Nel'D

Waktu saya boring time malam (kalau tiada aramaiti) mesti buka youtube mau tingu clip yang lawak2 bah gia..jadi waktu surf2 mau cari clip yang lawak saya ada jumpa ni sketsa budak2..NI 2 orang budak pun memang famous di youtube juga melalui dorang punya sketsa yang lawak..saksikan lah si Ld sama si Nel'D...enjoyy

Si Gaman Magauk (Lawak)

Clip yang kena rakam handphone ni pernah menjadi famous satu ketika dulu dan lagu yang idnyanyikan oleh c gaman ni juga jadi ikutan budak2 di kampung...asal saja ada keramaian pasti cerita pasal c gaman ini akan keluar...bukan senang mau jadi famous di youtube kan tapi c gaman ini senang2 ja jadi famous..mesti kamurang pernah nampak ini clip..

Friday, December 3, 2010

Ambuyat


Ingredients A
  • 1kg/ 6½ cups sago rumbia
  • Hot water, freshly boiled
  • 1 liter/ 4 cups water
Ingredients B
  • 600g white fish/ tongkol (cob fish)/ tenggiri (Spanish Mackerel)/ kurau/ senangin

  • Pounded Coarsely
    • 40g/ 5 pips shallots
    • 10g/ 2 cm fresh turmeric
    • 10g/ 2 cm ginger
    • 3g/ 5 bird's eye chilies
  • 30g/ 2 sticks lemon grass, crushed
  • 5g/ 5 pieces dried tamarind
  • 9g/ 1½ tsp salt
  • 625ml/ 2½ cups water
Ingredients C
  • 500g/ 60 stalks paku shoots, cleaned and plucked
  • 3g/ ½ tsp salt
  • 10g/ 1 tbsp vegetable oil

  • Pounded
    • 20g/ 3 pips shallots
    • 10g/ 2 pips garlic
    • 10g/ 1 tbsp shrimp paste
  • 125ml/ ½ cup water
  • 1 red chili, sliced for decoration

Method

Preparing using Ingredients A
  1. To make ambuyat: Mix sago with 4 cups of water and soak for 10 minutes.
  2. Drain off the water and pour sago into a heat proof container.
  3. Pour freshly boiled hot water over it. Mix well until the sago looks clear and of gummy consistency.
Preparation for Ingredients B
  1. Clean the fish and cut into 5 slices.
  2. Place into a saucepan together with other ingredients B. Stir well until cooked.
Preparing using Ingredients C
  1. Heat oil in a wok and stir fry the pounded ingredients until fragrant.
  2. Stir in the paku shoots. Add salt and 1/2 cup of water. Cook until soft. Decorate with red chili.

Lagu Murut -Pangkiat ku Noro

Ni ada satu lagu murut..saya pun kurang pasti siapa penyanyi asal dia tapi memang best..selalu juga keluar di radio murut OOnnsoiii!! :)
Pangkiat ku Noro - Download Here

Thursday, December 2, 2010

Jimmy Palikat -Tanak Kampung.mp3

Salah satu lagu c Jimmy Palikat yang tengah Top sekarang..sesiapa yang belum ada dia punya mp3 kamurang download sini..
Jimmy Palikat - Tanak Kampung.mp3 -Download Here

Siapa yang mau dia punya Video clip dalam bentuk 3gp untuk kc masuk dalam Handphone kamurang download link ada di bawah :)
3gp Tanak Kampung - Download Here

Piton Gunsaga - Ambaiku

Nah kamu download lagu si Piton ni...bagus juga dengar2 time dalam kereta atau karamaian..pasti guyang2 juga kamurang tu :)
Piton Gunsaga - Ambaiku - Download Here

Lagu² Dusun

Bah aramai ti..ni saya ada kc upload lagi lagu ni..kamu download saja jangan malu² kioo..enjoyy..
Bonaventur Juili - Yoku Tandasan Nu
Bonaventure - NAKATAHAK KU NGAWI DIA
Bonaventure-PIOMBOLUTAN KITO POGULU
Bonaventure-Sawoku Tambalutku
Calarice John Matha - Adaa
Clarice John Matha feat. Abu Bakar Ellah - Silik-Silik Do Ma
Clarie petrus edwin-kaandaman poginavaan
Dalaan Do Girot Sonsong
FRANCIS LANDONG - MEDLEY - BIRIS PUNYA BIRIS+ADAT KAMPUNG
Francis Landong - Okuro-kuro Ko Noh Koupusan.mp3
francis landong.kristina.mp3.mp3
George Lian - Atuk atuk di gaman.mp3
Hain Jasli - Soputangan do kirinda.MP3
Hain Jasli - Tupusku.mp3
Justin Lusah - Jambatan Tamparuli.mp3
Inochi Austin - Ku Meruan Sayau.mp3
Jahamin Akul - Bandang rumat.mp3
Jahamin Akul - Jelita.mp3
Jaidi Bading - Batos piombolutan.mp3
Janji_Toh_Tarang_Bulan.mp3
Jastie Alexsius - Waya Koposion.mp3
Jestie A. - Kasarahan.mp3
Jestie Alexius - Kosorou Ko Po Nangku Doho.mp3
Jimmy Palikat - Pokitonon ku.mp3
jimmy_palikat___kada_sonsolo_pitongkiadan.mp3
Jo-Ann Sue Healy Rampas - Koupusan.mp3
John Gaisah - Sonsomodo.mp3
Joketo Akang - Joget Palanuk Kampung.mp3
Kimin Mudin - Sayang Kinabalu.mp3
Piton Gunsaga-Langgar Pantat Kerbau.mp3
Piton gunsaga-Logoso oku Noh Songulun.mp3
Martin Ginsos & Bibiana Kinsun & Juliana Intiang - Sumandak tamparuli.MP3
Norubat Sinsing Amas.mp3
nung karati ko.mp3
Pagandadan.mp3
Pembayaran_Ansur-ansur.mp3
Pertolnella - Insan Tadau Kopiruba Wagu1.mp3
Guangku mangkakada.mp3
Tadau Tagazo Do Kaamatan.mp3
koupusan.mp3
Ula Ula.mp3
Upus Upusan Ku Iya.mp3

Lagu² John Gaisah






Ok di atas permintaan kawan² saya uploadkan lagu² mendiang john gaisah...lagu² ini pernah menjadi hits satu ketika dulu dan sampai sekarang..lagu² evergreen beliau memang syok² kalau nda percaya cuba download...enjo

Ingaa kinotutukon-John Gaisah- download sini
Pogulu om Baino-John Gaisah - Download sini
soira osorou ku-john gaisah.mp3 - Download sini
Sumandak -john gaisah - download sini
Taragang Rasuk-john gaisah - download sini

Lagu² kadazan

sini ada beberapa lagu² kadazan yang saya akan uploadkan..dan saya akan sentiasa mengupdatekan ruangan ini..so enjoy

kadazan - esther e appolonius - id ginavo tokou oh sisimba.mp3- Download sini
atama rap dusun - Download sini
kadazan - syra gom - kahangadan soumul umul.mp3 - Download sini
atama - sumandak tamparuli (hypermix).mp3 - Download sini

sabahan song (kadazan/dusun)

Ganit Piginawaan - Felix Agus Click To Download
Saputangan Kirinda - Hain Jasli Click To Download
Mogot Mitolombus Mitongkiad - Gorge Lian Click To Downloa
Kaamatan song Remix - DJ WEI Click To Download
Bulein yak ra guang - jainol Likuran Click To Download
Sayang² kinabalu Remix - DJ WEI Click To Download
Kiristina - Francis Landong Click To Download
Jambatan(Versi Lawak) Click To Download
Asaladan - Lydia Kalidin Click To Download
oldies song(Nice Song) - Mozus Iking
Click To Download
Iningan - Josie sikin Click To Download
Oldies dusun song - Click To Download
Murut song - Nordin Ampalus Click To Download
Mamarayou - dusun church song Click to download
sakot totomou - Petrus onggou click to download
ogumu nawayaan - nokuro29 click to download
kitimbuk tinggur bulawan - sakril sidik click to download
ponontudukan - sakril sidik click to download
koginawaanku - Ton John (nice song) click to download