Popular Posts

Wednesday, December 21, 2011

Seorang lagi mangsa kemalangan meninggal menjadikan mangsa kemalangan seramai 7 orang

KOTA KINABALU: Seorang lagi penumpang bas dari Brunei yang terlibat dalam kemalangan di Sabah semalam disahkan meninggal dunia, menjadikan angka kematian dalam tragedi itu kepada tujuh orang. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang hari ini berkata penumpang itu, ketua rombongan Awang Tarsad Damit, 58, meninggal dunia pada kira-kira 12.15 pagi di Hospital Queen Elizabeth di sini. Dua penumpang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli di Tuaran dan empat lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuaran. Tan berkata jenazah semua mangsa akan diterbangkan ke Brunei hari ini bersama-sama dengan 13 lagi yang terselamat dalam nahas itu. “Sebanyak 13 lagi yang kini berada dalam keadaan kritikal dan separa kritikal akan terus dirawat di Hospital Queen Elizabeth,” katanya kepada pemberita. Tan juga berkata sebuah pesawat komersil dihantar oleh kerajaan Brunei untuk membawa pulang mereka yang terselamat dan yang meninggal dunia. Beliau berkata pesawat itu tiba kira-kira 1 pagi dan dijangka berlepas pada tengah hari ini. Tan mengesahkan identiti tiga yang meninggal dunia dan tidak dapat dikenal pasti semalam sebagai Hasnah Yusof, 62, Noor Faridah Husin, 62, dan Abdul Ghani Muhamad, 66. Tiga lagi ialah Abdul Manan Ishak, 50, Pangiran Zaharah Pengiran Zainal, 61, dan Dayang Norhayati Abd Hadi, 61. Beliau juga berkata bas yang didaftar di Brunei itu membawa 33 orang termasuk dua kanak-kanak berumur tujuh dan sembilan tahun dan penumpang paling tua berumur 78 tahun. “Mereka terdiri daripada 32 warga Brunei dan seorang warga India, pembantu pemandu berusia 26 tahun. Mereka berada di Sabah untuk bercuti. Pemandunya yang berumur 38 tahun dan pembantu pemandu itu turut cedera parah,” katanya. Bas berkenaan hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam dan merempuh sebatang pokok di KM8.9, Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran pada kira-kira 3.05 petang semasa dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Tawau. Tan berkata bas itu akan dihantar ke Puspakom Sdn Bhd untuk pemeriksaan.

sumber

No comments:

Post a Comment

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...