Popular Posts

Friday, June 22, 2012

LIN DAN Rampas Ranking no.1 Dunia


LIN DAN merampas ranking nombor satu dunia milik pemain negara, Datuk Lee Chong Wei selepas kedudukan terbaru dikeluarkan badan induk badminton dunia BWF semalam menunjukkan jaguh China itu yang juga pemenang pingat emas Olimpik Beijing, meninggalkan pencabarnya dengan perbezaan 1,414 mata. Berikutan kecederaan dialami Chong Wei, peralihan ranking ini memang dijangka selepas pemain utama negara itu tidak dapat menyertai sebarang kejohanan, termasuk Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu, kejohanan yang pada awalnya berada dalam kalendar pertandingan Chong Wei. “Kami memang jangkakan perkara ini akan berlaku kerana sebelum ini kedudukan mata antara Chong Wei dan Lin Dan terlalu rapat,” kata jurulatihnya Tey Seu Bock. Kedudukan ranking terbaru itu dikira berdasarkan penyertaan Lin Dan di Terbuka Thailand, meskipun juara Olimpik itu terkandas di suku akhir. Chong Wei mengungguli ranking nombor satu dunia sejak 21 Ogos 2008 hingga 20 Jun lalu. Perubahan ranking dunia ini bagaimanapun tidak akan mempengaruhi ‘seeding’ pemain di temasya Olimpik London bulan depan kerana ia diatur mengikut kedudukan ranking 3 Mei lalu. Begitupun, Lin Dan pastinya mendapat satu lagi semangat tambahan menjelang saingan badminton di Olimpik London yang akan bermula 28 Julai hingga 5 Ogos ini. Selain rekod pertemuan yang memihak Lin Dan, kecederaan Chong Wei yang dialami di pusingan akhir Piala Thomas Mei lalu, menjadi tonik paling berharga buat jaguh China itu meraih keyakinan tinggi mempertahankan emas Olimpik kali ini. SUMBER

No comments:

Post a Comment

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...