Popular Posts

Sunday, January 8, 2012

Keputusan kes liwat-Anwar Ibrahim Tidak Bersalah

KEPUTUSAN PERBICARAAN KES LIWAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM | MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH | ANWAR IBRAHIM FOUND NOT GUILTY | MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH KES LIWAT Satu keputusan yang tidak disangka-sangka apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin MOhd Diah memutuskan Dato seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat ini. Kronologi Dalam Mahkamah : 9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya. 9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan. "Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik. "Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful." Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema. Berita selanjutnya mengenai keputusan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan menyusul... Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan. Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira. 9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter: "Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

1 comment:

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...