ORANG ramai berpeluang menyaksikan
tayangan wayang percuma ‘Sammy’s Adventures’ dan ‘Spy Kids 4’ pada 12
dan 19 Februari ini, jam 10.30 pagi di GSC Suria.
Tiket percuma boleh diperolehi di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
(DBKK) dengan menghubungi Elizabeth Borubui di talian 088-521800.
Program ‘Bonding with Gaya Street a Community Heritage Exhibition’
pula diadakan pada 11 hingga 12 Februari ini di Lintasan Deasoka dan
Jalan Gaya.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata, ia
adalah acara baru bagi sambutan ulang tahun Bandaraya tahun ini.
“Ia adalah anjuran bersama DBKK dan North Borneo History Enthusiasts (NBHE),” katanya pada sidang akhbar, di Dewan Mesyuarat, DBKK, di sini, kelmarin.
NBHE adalah kumpulan dalam Facebook yang
diwujudkan pada 7 Mei tahun ini oleh Justin Sunam Wong, seorang usahawan
yang berasal dari Beaufort.
Abidin berkata, program ‘Bonding with Gaya Street’ diperolehi daripada nama asal Jalan Gaya iaitu ‘Bond Street’.
“Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan peluang kepada
generasi muda betapa uniknya Jalan Gaya yang boleh dilihat melalui
sejarah sosialnya iaitu cara hidup dan budaya, bangunan dan kedai lama,
peristiwa atau acara-acara yang signifikan sepanjang pembangunannya yang
turut mempengaruhi cara hidup komuniti Jalan Gaya,” katanya.
Beliau berharap program itu akan mengimbas kembali sejarah lama Jalan Gaya untuk pengetahuan warga Bandaraya.
“Antara pengisian program ini ialah pameran sejarah Jalan Gaya yang
akan dipaparkan secara terbuka di Lintasan Deasoka dan di beberapa
lokasi di Jalan Gaya.
“Selain itu, terdapat juga pameran dari permis-permis perniagaan di
kawasan itu yang turut mempamerkan sejarah perniagaan mereka,” katanya.
Di samping itu kereta antik dan ‘signposted tour’ dalam bentuk
‘footprint’ akan turut dipamerkan selain persembahan akustik daripada
pemuzik ‘buckers’.
Beliau berkata bagi mengimbas kembali nostalgia muzik yang popular
di era 50an hingga 70an, konsert “Together Again’ akan diadakan pada
malam Sabtu (11 Feb).
“Penyertaan orang ramai dalam pameran warisan komuniti ini untuk
berkongsi cerita lama, kenangan, dan pengalaman meraka serta gambar lama
berkaitan Jalan Gaya amat dialu-alukan.
“Mereka yang berminat untuk menyumbang boleh menghantarnya ke alamat
emel bergaya2012@gmail.com dengan menyatakan nama penuh serta nombor
telefon,” katanya.
Selain itu orang ramai juga boleh berkunjung ke gerai penganjur di
kedai kopi Sen Chong Wah, Jalan Gaya, dan membawa gambar atau dokumen
berkaitan untuk membuat salinan bagi tujuan pameran komuniti ini.
Gerai penganjur akan dibuka mulai 17 Januari (Isnin hingga Ahad) dari jam 11.30 pagi hingga 6 petang.
SUMBER
Popular Posts
-
Gambar bogel selebriti remaja popular Selena Gomez, telah tersebar luas dimana gambar tersebut jelas menunjukkan Selena Gomez berbogel tanpa...
-
Meoro Attack ialah tajuk sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita...
-
KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Keti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya
Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya. Dan ukiran pisangnya memang terk...
No comments:
Post a Comment