Popular Posts

Thursday, December 16, 2010

Kemalangan ngeri jalan Tambunan-moyog

PENAMPANG: Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh, manakala 21 penumpang bas jabatan itu termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki cedera apabila ia terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 32, Jalan Penampang-Tambunan, Kampung Moyog dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, bas Jabatan Penjara berkenaan dalam perjalanan dari Keningau ke Tawau selepas pegawai dan kakitangannya menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah Jabatan Penjara Sabah di Keningau.
Mereka yang terbunuh ialah tiga warden, iaitu Madinah Alhamdulillah, 38; Selamat Idris, 31 dan Saberin Murad, 28, serta pemandu kedua bas itu, Muslimin Mohamad, 36.

Madinah berasal dari Semporna, Selamat dan Muslimin dari Tawau serta Saberin dari Kampung Rampayan, Menggatal dekat Kota Kinabalu.

Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu adalah isteri kepada seorang daripada 18 kakitangan penjara yang cedera, manakala dua kanak-kanak ialah, Norehan, 12, iaitu anak Muslimin dan Hafidz Ramli, 14, anak seorang lagi kakitangan penjara yang cedera.

Tujuh daripada mereka yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala 12 lagi separuh kritikal dan dua stabil.

Jalan Penampang-Tambunan adalah laluan berbukit sepanjang kira-kira 40 kilometer di Banjaran Crocker yang berfungsi sebagai laluan utama Keningau-Penampang.
Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Sabah, Superintendan Bon Jeen a/l Ah Rom @ Sowat, berkata siasatan awal mendapati bas dipandu Ridzuan Samda Mudin, 35, dipercayai gagal dikawal ketika melalui laluan berbukit sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung.

“Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada bas itu mengalami masalah brek. Kami akan ambil kenyataan Ridzuan apabila beliau stabil," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan I Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Noor Amit, berkata anggotanya terpaksa menggunakan tali untuk menuruni gaung dan mengeluarkan mangsa tersepit di bawah bas.

Beliau berkata, tiga mangsa pertama yang cedera ringan memanjat tebing bukit dan keluar dari gaung jam 11.13 pagi, manakala empat mayat dijumpai terhimpit di bawah bas.

Ridzuan yang cedera di kaki dalam kejadian itu berkata, beliau gagal mengawal kenderaannya berikutan masalah brek.

"Ketika menuruni bukit di selekoh, saya tekan brek tetapi tidak berkesan. Saya tak tahu hendak buat apa lagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Norehan, 12, berkata ketika kejadian beliau duduk di sebelah ayahnya.

“Apa yang saya ingat ialah brek yang kuat dan bas berpusing. Lepas itu saya tidak ingat apa-apa sehingga saya sedar, saya berada dekat bahagian enjin bas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam pada itu, seorang pemandu lori yang mahu dikenali sebagai Wong mendakwa, bas berkenaan dipandu laju ketika memotongnya di Gunung Emas, beberapa kilometer sebelum tempat kejadian.

"Apabila tiba di tempat kejadian, baru saya tahu bas yang memotong lori saya terjunam ke dalam gaung," katanya ditemui di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...