Popular Posts

Friday, December 17, 2010

Empat ditahan untuk Membantu siasatan pembunuhan Doktor.

KOTA KINABALU: Polis telah berjaya menyelesaikan pembunuhan seorang doktor swasta terkenal di Tawau minggu lepas dengan menahan empat orang rakyat tempatan termasuk seorang wanita pada 14 Disember lepas.

Empat yang ditahan itu berusia antara 20 dan 27 tahan dan kini ditahan reman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan.

Polis buat masa ini sedang dalam proses untuk menahan ‘suspek utama’ yang sudah dikenal pasti untuk menyelesaikan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Hamza Taib berkata demikian kepada para wartawan pada sidang media di sini selepas menyaksikan serah tugas antara Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (CID) yang baru SAC Omar Mammah yang mengambil alih tugas daripada pemangku ACP Mohd Shariff Abdul Wahid di Kepayan kelmarin.

Hamza berkata, seuspek utama itu masih berada di Sabah dan hanya menunggu masa untuk menahannya.

Menjawab pertanyaan, Hamza berkata, suspek-suspek yang ditahan adalah rakan-rakan suspek utama itu.

Sementara itu, di Tawau, Ketua Polis Tawau, ACP Ibrahim Chin yang mengesahkan penahanan keempat-empat suspek itu berkata, satu operasi turut dilakukan bagi memburu seorang lagi lelaki yang dipercayai menjadi suspek utama kes terbabit.

“Identiti suspek yang masih bebas itu sudah pun dikenalpasti dan dia dipercayai sedang bertindak menyembunyikan diri.

“Kita juga turut meminta pihak berkuasa di pintu-pintu keluar masuk di negeri ini supaya turut sama membantu mengesan suspek sekiranya dia cuba keluar dari negara ini,” katanya.

Dalam hal sama, Ibrahim meminta masyarakat supaya tidak panik berhubung kes terbabit kerana siasatan mendapati ia berkaitan soal peribadi.

Terdahulu pada majlis serah tugas itu, Hamzah mengingatkan para pegawai polis agar tiba di tempat kejadian dalam tempoh 15 minit seperti yang dikehendaki dalam Program Transformasi Kerajaan.

“Saya tahu anggota-anggota saya di semua 20 daerah berdepan dengan pelbagai masalah untuk tiba dalam tempoh yang ditetapkan itu tetapi kita akan berusaha untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

“Saya amat gembira sekali kerana kita sudah mencapai sasaran untuk mengurangkan indeks keseluruhan jenayah dan meminimakan kesleuruhan indeks jenayah kepada lima peratus,20 peratus untuk jenayah jalanan dan 40 peratus pennyelesian jenayah,” kata Hamzah.

Sementara itu, Omar dalam ucapannya berjanji akan meneruskan pencapian terbaik CID di Sabah.

Sebelum dinaikkan pangkat, Omar, 50, yang dilahirkan di Semporna adalah Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor dan beliau adalah pegawai kanan polis yang terbabit dalam penyiasatan pembunuhan seorang usahawan terkenal Sosilawati.

Omar menyertai pasukan polis pada 1989 dan beliau adalah bekas Pegawai Bahagian Jenayah Kota Kinabalun untuk tempoh tiga tahun dan Komander Pulapol Kota Kinabalu untuk tempoh lima tahun.




No comments:

Post a Comment

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...