Popular Posts

Monday, September 3, 2012

2 Pelajar Malaysia Terbunuh Di Russia

Dua pelajar Malaysia terbunuh manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan di Russia. Kejadian berlaku di wilayah Vladimirskaya, jam 11 malam waktu Russia. Nahas membabitkan dua bas mini yang bertembung. Semua pelajar terbabit baru saja pulang dari cuti semester dan menyambut Aidilfitri di Malaysia. Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan MARA dari Dungun, Terengganu. Hanisah meninggal di tempat kejadian. Seorang lagi, Adzreen Biyanti, pelajar tajaan JPA dari Putrajaya. Semua pelajar terbabit, pelajar tahun lima di Nizhny Novgorod State Medical Academy. Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Zainal Abidin Omar berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan pada jam 12:30 pagi. Datuk Zainal yang berada di Vladivostok sempena Sidang Kemuncak Apec juga berkata, kelima-lima pelajar yang cedera sedang menerima rawatan di hospital Vyazniki di wilayah berlaku kemalangan. Pihak kedutaan sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa dan sedang menguruskan membawa pulang jenazah ke Malaysia dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...