Popular Posts

Tuesday, August 14, 2012

Buah Peria Dapat Merawat Penyakit Diabetis

SEBUT saja nasi lemak, nasi tomato, rendang, gulai kawah, kuih-muih seperti bingka, gula melaka, talam cendol dan pelbagai lagi hidangan enak, siapa yang tidak teringin untuk menikmatinya. Malah ada yang terlalu mengikut nafsu makan dan mengabaikan faktor kesihatan gara-gara daya tarikan makanan itu. Tidak dapat dinafikan makanan dan minuman manis sememangnya sedap dan menyelerakan. Namun, pernahkah anda terfikir mengenai kandungan gula dalam hidangan berkenaan? Tabiat pemakanan tidak sihat adalah faktor utama ketidakseimbangan gula darah yang mana tubuh seseorang gagal mengawal gula dengan berkesan. Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis herba seperti peria dan gymnema yang bermanfaat untuk kesihatan. Peria sudah terbukti berkhasiat sejak dulu lagi dan bertindak sebagai cara penyelesaian terbaik terhadap masalah berkaitan bahagian dalaman tubuh serta merawat kencing manis. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia ialah sejenis sayuran yang rasanya amat pahit, tetapi di sebalik kepahitan itu tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh kerana dalam setiap 100 gram peria mengandungi 92.4 peratus cecair, 1.6 peratus protein, 0.2 peratus lemak, 0.8 peratus mineral, 0.8 peratus serat dan 4.2 peratus karbohidrat. Walaupun peria tidak diminati kerana rasa pahitnya, ia banyak manfaat. Selain itu, rasa pahitnya dapat dihilangkan dengan cara merendam di dalam air garam sebelum ia dimasak. Di samping itu, gymnema pula digunakan secara tradisional untuk mengawal keinginan terhadap makanan manis. Secara prinsipnya ia berguna untuk mengawal gula dalam darah dan mengurangkan berat badan. Apabila diletakkan pada lidah, ia menghalang rasa manis dan bila dimakan, ia didapati mampu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit diabetes. Kedua-dua herba ini boleh didapati dalam produk Gluco-X keluaran syarikat pengeluar barangan kesihatan Safwa Health Products Sdn Bhd yang didatangkan dalam bentuk kapsul mudah ditelan untuk kebaikan kesihatan. Ia amat bersesuaian dijadikan makanan tambahan bagi individu yang gemar mengambil makanan manis dalam diet harian mereka. Gluco-X dimport dari kilang suplemen kesihatan di New Zealand yang mempunyai pengalaman lebih 75 tahun dalam bidang penghasilan suplemen kesihatan. Ia turut mendapat pensijilan halal daripada Pengurusan Makanan Berproses Islam New Zealand yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Produk ini boleh didapati di seluruh farmasi terkemuka pada harga RM79.90 sebotol dengan isian 50 kapsul. Sementara itu, peningkatan usia adalah satu hakikat yang amat digeruni kaum wanita dan kesannya ia menyebabkan kulit kusam serta lesu serta mengalami gejala menopaus terutama apabila melepasi had umur 40 tahun. Justeru, minyak Evening Primrose membantu wanita mengurangkan ketidakselesaan dalam menghadapi gejala menopaus dan simptom sebelum haid. Produk berkenaan diekstrak daripada biji bunga evening primrose dan mengandungi 10 peratus asid lemak omega-6 iaitu asid gamma linolenik. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin E semula jadi yang membantu mengekalkan kesegaran wajah dan sebagai sumber antioksidan. Ia dibuat di Australia, didatangkan dalam bentuk kapsul sayuran dan dijamin halal serta sesuai digunakan pengamal vegetarian. Minyak Evening Primrose ini boleh diperoleh dalam dua pek isian berbeza iaitu untuk 30 biji ataupun 90 biji. SUMBER

No comments:

Post a Comment

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...