Popular Posts
-
Gambar bogel selebriti remaja popular Selena Gomez, telah tersebar luas dimana gambar tersebut jelas menunjukkan Selena Gomez berbogel tanpa...
-
Meoro Attack ialah tajuk sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita...
-
KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Keti...
Thursday, August 23, 2012
Ibu Termuda Di Dunia
Aneh - Suatu hari di rumah sakit bandar Pisco (Peru), datang seorang wanita India yang berasal dari kaki bukit pergunungan Andes. Bersamanya ada seorang gadis kecil pemalu dengan tinggi kira-kira 120cm dengan rambut dikepang dan perut yang membuncit. Dia memohon kepada doktor bedah Geraldo Lozada agar membantunya mengusir roh jahat yang menguasai gadis itu. Sang doktor jelas menduganya sebagai penyakit seperti tumor di perut, tapi akhirnya terkaget-kaget ketika diketahuinya bahawa gadis kecil yang bernama Lina Medina itu sedang hamil 8 bulan!
Dr. Lozada lalu membawanya ke Lima, ibu negara Peru, untuk memastikan kehamilan Lina pada pakar yang lain. Satu setengah bulan kemudian, tanggal 14 Mei 1939, Lina melahirkan bayi laki-lakinya melalui operasi caesar. Operasi dilakukan oleh Dr. Lozada dan Dr. Busalleu, beserta seorang doktor anastesi Colretta. Kes ini dilaporkan oleh Dr. Edmundo Escomel kepada La Presse médicale, disertai detail tambahan bahawa gadis itu telah mendapat haid pada usia 8 bulan, dan teteknya mulai tumbuh pada usia 4 tahun. Saat usianya 5 tahun panggulnya mula melebar dan tulangnya mengalami pendewasaan awal.
Anak laki-laki yang dilahirkannya mempunyai berat 2.7 kg dan diberi nama Gerardo, mengikuti nama doktornya. Saat tumbuh Gerardo menganggap Lina sebagai kakaknya hingga saat usianya 10 tahun dia baru menyedari bahawa Lina adalah ibu kandungnya. Gerardo diketahui meninggal pada tahun 1979 di usia 40 tahun akibat penyakit pada sumsum tulangnya.
Siapa yang bertanggung jawab atas kehamilan Lina tidak pernah ada bukti yang kuat. Dr. Escomel hanya menulis bahawa Lina "tidak boleh menjelaskannya secara detail". Ayah Lina pernah ditangkap atas tuduhan rogol dan incest, tapi kemudian dilepaskan kerana memang tidak ada bukti yang menguatkannya. Lina Medina akhirnya berkahwin dengan Raul Jurado yang kemudian menjadi ayah bagi anak keduanya yang lahir pada tahun 1972. Mereka tinggal di kawasan miskin yang disebut Chicago Chico ("Little Chicago") di Lima. Lina pernah menolak untuk ditemuramah Reuters di tahun 2002.
Ada dua gambar yang pernah diterbitkan atas kes ini. Yang pertama diambil di awal April 1939 apabila Media sedang hamil 7,5 bulan. Diambil dari sisi kiri Medina, memperlihatkan dia berdiri telanjang dengan perut buncitnya. Gambar ini menjadi sangat berharga untuk membuktikan kehamilannya juga perkembangan psikisnya. Gambar ini tidak banyak diketahui kecuali dalam persekitaran perubatan sahaja. Gambar yang lain dengan hasil yang lebih baik memperlihatkan Gerardo saat berusia 11 bulan, diambil di Lima setahun kemudian.
Kes ini beberapa kali dibantah sebagai bualan alias hoax. Meski demikian sejumlah doktor selama bertahun-tahun telah memverifikasinya melalui biopsis, sinar-X rangka janin pada rahim, dan foto-foto dokumentasi dari para doktor ketika merawatnya. Kedewasaan atau puber yang belum waktunya secara ekstrem seperti ini memang tidak biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 5 tahun tapi bukannya tidak pernah terdengar. Kehamilan dan kelahiran dari kanak-kanak pada usia seperti ini sangat jarang kerana akil baligh ekstrem yang belum waktunya ini biasanya dirawat untuk mencegah kesuburannya dan mengurangkan kesan sosial dalam perkembangan seksual di masa kanak-kanak, dan ditambah lagi saat ini pengguguran kandungan telah menjadi perkara biasa berbanding pada awal abad 20 lalu.
Kes-kes Kelahiran Luar Biasa Lain
Bobbie McCaughey adalah seorang ibu yang memegang rekod untuk kelahiran bayi terbanyak yang hidup pada proses persalinan perseorangan. Dia melahirkan anaknya - sekaligus satu pakej - 4 laki-laki dan 3 perempuan pada tanggal 19 November 1997 di University Hospital, Iowa, USA. Ibu ini mengandungi bayinya melalui proses vitro fertilization dan melahirkan melalui operasi caesar. Bayi-bayinya tersebut dikeluarkan dalam masa 16 minit dan diberi nama Kenneth, Nathaniel, Brandon, Joel, Kelsey, Natalie, dan Alexis.
Jayne Bleackley hingga saat ini masih memegang rekod jarak terpendek antara dua kelahiran dan kehamilan yang berbeza. Wanita ini melahirkan Joseph Robert pada tarikh 3 September 1999 dan kemudian melahirkan kembali bayi berikutnya pada tarikh 30 Mac 2000. Kelahiran mereka hanya terletak 208 hari (sekitar 7 bulan). Rajin amat yaaa ...
Sebaliknya, Elizabeth Ann Buttle adalah seorang ibu pemegang rekod jarak paling lama antara dua kelahiran dan kehamilan yang berbeza. Ibu satu ini melahirkan Belinda pada tarikh 19 Mei 1956 dan 41 tahun 185 hari kemudian lahirlah adiknya, Joseph, pada tanggal 20 November 1997 ketika usia ibunya menginjak 60 tahun.
Jumlah kanak-kanak tertinggi yang pernah dicatat dipegang oleh seorang ibu asal Rusia dengan 69 kanak-kanak. Antara tahun 1725 dan 1765 wanita ini mengalami 27 kehamilan, 16 diantaranya melahirkan pasangan kembar, 7 lagi menghasilkan kembar tiga, dan 4 bakinya merupakan kembar empat. Dari sekian banyak anak ini 67 diantaranya bertahan hidup.
Di masa sekarang rekod dunia jumlah anak dipegang oleh Leontina Albina dari San Antonio, Chile. Leontina mendakwa dirinya adalah ibu dari 64 anak, yang 55 diantaranya didokumenkan. Tahun 1999 namanya masuk di Guinness Book of World Records tetapi pada edisi berikutnya namanya menghilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya
Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya. Dan ukiran pisangnya memang terk...
No comments:
Post a Comment