Popular Posts

Wednesday, December 14, 2011

Pendakwaraya gagal buktikan tuduhan terhadap Anwar - Sankara Nair.

KUALA LUMPUR : Peguam Sankara Nair berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah. “Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka. Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah. “Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini,” kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan kelmarin. Perbicaraan Fitnah II kini memasuki peringkat penggulungan hujah. Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguam bela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku. “Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku." “Itu pendirian kita dan tohmahan yang dilemparkan tak pernah berlaku." “Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami,” kata Sankara penuh yakin. Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah. sumber

No comments:

Post a Comment

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...