Ada seorang lelaki yang seumur hidupnya hanya bekerja dan
menyimpan semua wang yang diperolehinya.
Lelaki itu adalah seorang yang kedekut, dia lebih sayangkan hartanya
daripada semua perkara, dan sejurus sebelum dia meninggal dunia, dia memanggil isterinya
dan berkata “wahai isteriku, apabila saya mati, saya mahu kamu ambil semua wang
saya dan letakkannya di dalam keranda dimana mayat saya ditempatkan”. Jadi si
isteri pun berjanji dia akan meletakkan semua wang suaminya dalam keranda
apabila tiba masanya nanti.
Apabila si suami meninggal dunia si isteri pun duduk di
sebelah keranda suaminya sehinggalah upacara selesai bersama sama dengan kawan
baiknya. Sejurus sebelum keranda suaminya ditutup, si isteri berkata “tunggu
sebentar ada kotak saya hendak masukkan dalam keranda suami saya”katanya, dia
pun datang dengan kotak itu dan letakkannya dalam keranda suaminya. Keranda itu
pun ditutup untuk dikebumikan.
Kawannya berkata, “saya harap kau masih waras untuk
meletakkan semua wang dalam keranda suami kamu”, dan si isteri pun berkata,”ya
saya seorang isteri yang patuh kepada kata kata suami saya tidak boleh
mengambil wang hasil dari titik peluh suami saya, dan saya sudah pun berjanji
dengannya. Kawannya berkata “jadi kamu masukkan semua sen dalam kerandanya”?. Si
isteri berkata,”ya oleh kerana wangnya terlalu banyak wang itu saya masukkan
dalam akaun saya dan saya hanya menulis cek untuk diberikan kepadanya”
No comments:
Post a Comment