Dua konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo itu diadakan di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 24 Disember dan Stadium Negeri Kuching, Sarawak (31 Disember).
Kata vokalis Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, konsert Fenomena Search adalah dua konsert terbesar Search di Sabah dan Sarawak dalam skala besar membabitkan kos RM1.3 juta.
“Jelajah ini pasti menjadi sesuatu yang istimewa sempena hari jadi ke-30 tahun Search dalam industri muzik tempatan. Kami turut mendapat kerjasama daripada dua stesen radio, MuzikFm dan CatsFm menjayakan dua konser“Reaksi diterima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan facebook (fb) juga amat menggalakkan membuatkan kami mahu memenuhi cita rasa mereka dan mencuba
sesuatu yang baru. Bagi saya dan rakan anggota Search, kami mahu memberikan konsert yang jujur dan diingati peminat di Sabah dan Sarawak hingga bila-bila. Kami juga tidak sabar mahu bertemu peminat di sana yang memang diketahui sangat meminati muzik,” katanya pada sidang media di Borneo Baruk Club, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Konsert itu dibawakan penganjur bersama, Universal Credential dan Nova Music (M) Sdn Bhd.
Hadir sama, Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim dan Ketua Pemasaran Operasi Universal Credential Sdn Bhd, Datin Nirwana Abdul Jalil.
Selain Amy selaku vokal, sidang media turut dihadiri empat anggota Search iaitu, Kid dan Din (gitar), Nasir (bass) dan Yazit (dram).
Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Tawau dimulakan dengan ‘opening act’ juara AF6, Stacy dan Sarawak dimeriahkan pula kumpulan Masterpiece.
“Selepas 15 tahun tidak menjayakan sebarang konsert di Sabah dan Sarawak, akhirnya Search kembali. Seperti diketahui Tawau dikenali bandar Rock ‘N’ Roll Sabah dan juara AF6, Stacy berasal dari Sabah.
“Kedatangan kali ini bersama lagu penuh Search tanpa sebarang ‘medley’ dan kami akan menyampaikan 20 hingga 25 lagu terbaik Search. Kami sudah bersedia dan sekarang kita tunggu dan lihat,” kata Nasir.
Nasir turut memberitahu, Search kini dalam proses mengumpulkan lagu untuk album baru berasaskan aura album Fenomena.
“Ada pihak memberi cadangan supaya kami buat single tetapi ini bukan masa mencuba permintaan pasaran.
“Buat masa ini, kami sudah ada lima lagu dan masih menyiapkan sebahagian
lagi bersama penerbit, Datuk M Nasir. Memang selesa berganding bersama seseorang bersikap terbuka dan dapat menerima pandangan seperti beliau.
“Kami tidak menerima bulat-bulat melodi diberikan M Nasir, sebaliknya memilih lagu terbaik saja dan ada masanya beliau mengatakan kami cerewet. Apapun, kami gembira bekerja bersamanya kerana persefahaman dan tahu karakter masing-masing hingga membawa kami sejauh ini,” katanya.
Rosmin pula berkata, dua konsert berskala besar itu membuktikan komitmen penganjur memberikan persembahan rock berkualiti kepada peminat.
“Apa yang pasti konsert seperti ini mengembalikan zaman kegemilangan muzik rock yang dikenali melalui konsert ‘stage presence’ dan berbesar hati sokongan diberikan sangat menggalakkan,” katanya.
Sejak 30 tahun lalu, Search adalah salah satu peneraju muzik rock di Malaysia. Sejak ditubuhkan pada 1981, Search menghasilkan 25 album dan konsert mereka sentiasa dibanjiri penonton.
Dua album, Cinta Buatan Malaysia serta Langit dan Bumi mencatat Rekod Emas dan rekod platinum bagi album Mentari Merah di Ufuk Timur.
Fenomena adalah pencapaian tertinggi Search dengan jualan lebih 220,000 unit di Malaysia dan lebih 600,000 unit di Indonesia dan kali pertama dipasarkan dalam format CD pada 1989.t di Borneo.
No comments:
Post a Comment