Popular Posts

Sunday, December 19, 2010

Senarai-senarai negara nuklear dunia

Berikut adalah senarai negara-negara nuklear dunia dan bekalan senjata mereka. Anggaran bekalan adalah berdasarkan kepada pelbagai sumber.


* KOREA UTARA (2006)
Dipercayai memiliki bahan hablur untuk membina sehingga setengah dozen senjata, tetapi anggaran itu terlalu banyak selain tidak boleh disahkan.
* AMERIKA SYARIKAT (1945)
Lebih 5,000 kepala peluru berpandu strategik, lebih 1,000 kepala peluru berpandu operasi taktikal – yang digunakan untuk tujuan peperangan dan kurang berkuasa berbanding jenis strategik. Dikatakan, ia juga memiliki kira-kira 3,000 kepala peluru berpandu taktikal dan simpanan.
* RUSIA (1949, sebagai
Kesatuan Soviet)
Hampir 5,000 kepala peluru berpandu strategik dan kira-kira 3,500 kepala peluru berpandu operasi taktikal. Selebihnya, ia memiliki lebih 11,000 kepala peluru berpandu strategik dan taktikal dalam simpanan.
* PERANCIS (1960)
Sekurang-kurangnya 350 kepala peluru berpandu strategik.
* CHINA (1964)
Sekurang-kurangnya 250 kepala peluru berpandu strategik dan 150 kepala peluru berpandu taktikal.
* BRITAIN (1952)
Kira-kira 200 kepala peluru berpandu strategik.
* INDIA (1974)
Antara 45 dan 95 kepala peluru berpandu nuklear.
* PAKISTAN (1998)
Antara 30 dan 50 bom kepala peluru berpandu nuklear.
* ISRAEL
Enggan mengesahkan ia sebuah negara nuklear tetapi dikatakan memiliki sekurang-kurangnya 200 kepala peluru berpandu nuklear.




No comments:

Post a Comment

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...