Popular Posts
-
Gambar bogel selebriti remaja popular Selena Gomez, telah tersebar luas dimana gambar tersebut jelas menunjukkan Selena Gomez berbogel tanpa...
-
Meoro Attack ialah tajuk sebuah siri drama televisyen Jepun ciptaan Shotaro Ishinomori yang mengisahkan sebuah pasukan bola tampar wanita...
-
KEMALANGAN maut yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi kini meningkat kepada 27 orang. Keti...
Thursday, December 9, 2010
Daerahku Tambunan (Pedalaman Sabah)
Kedudukan Geografi
Dari segi geografi ,Tambunan terletak di bahagian Pendalaman Sabah. 80km dari kota kinabalu (ibu Negeri) di sebelah barat 48km, dari Ranau di sebelah utara ,dan 48km dari keningau di selatan Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018).Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018)yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara..Dari segi Budaya,barbagai bagai mitos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama ,adat resam dan asal usul puak puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang.Kisah asal usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan /Dusun di Tambunan.
Sejarah Tambunan
Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika .Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan , daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo.Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya.Namun demikian beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan .Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang,di samping juga seorang pemimpinyang berkeboleihandan baik hati.Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya. termasuk isteri dan anak mereka.Menanam tanaman seperti padi huma ,jagung ubi kayu ,labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum wanita .Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan berburu binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa. Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada ketika itu.Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati.Apabila bilangan penduduk bertambah ,lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk menanam.Penduduk kampung itu yang mengelarkan diri mereka orang dataran(oleh keran mereka tinggal di dataran Tambunan)menjadi bertambah maju dan aman damai dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan.
Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran .Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu.Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau mereka.Dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk.
Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan.Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya . Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan.Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran.
Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka .Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormati nya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya .Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka tiu GOMBUNAN .
Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran .Mereka adalah puak Tamadon.Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan.Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon.Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang menejutkan daripada puak Tonsundung ,puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan.Pada masa yang sama juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan.Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon.
Sampai sahaja masanya puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka ,maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai .Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga .Lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh .Pahalawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa lama tidak kelihatan.Dibanding dengan mereka jumlah yang mengalami kecederaan hanya sedikit.
Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadak n pesta besar besaran ,makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya .Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari Gombunan ke Tambunan.selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak .TAM diambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang.
Tugu yang menjadi lambang kebeberanian Tamadun dan Gombunan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya
Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya. Dan ukiran pisangnya memang terk...
No comments:
Post a Comment