Popular Posts

Wednesday, July 1, 2009

Renungkanlah

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

>
> Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
> "Oh maafkan saya, saya tak perasan"
>
> Katanya "Maafkan saya juga,
> Saya tak nampak saudara"
>
> Kami amat bersopan dan saling menghormati,
> Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
>
> Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
> Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
>
> Lewat petang, tika memasak makan malam,
> Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
>
> Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
> Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
>
> Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
> Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
>
> Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
> Terdengar suara halus datang membisik,
>
> "Bila bersama orang tak dikenali,
> Begitu bersopan dan merendah diri,
> Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
>
> "Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
> Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
>
> "Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
> Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
>
> "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
> Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
>
> Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
> Airmataku mencurah ibarat air di kali,
>
>
> Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
> "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
>
> "Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
> Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
>
> "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
> ibu tentu suka terutama yang unggu,
>
> "Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
> Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
>
> Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
> Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
>
> Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
> dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
>
>
> so love ur Family

No comments:

Post a Comment

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...