Tugu Tamadun & gombunanTetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran .Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu.Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau mereka.Dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk.
Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan.Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya . Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan.Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran.
Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka .Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormati nya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya .Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka itu GOMBUNAN .
Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran .Mereka adalah puak Tamadon.Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan.Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon.Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang menejutkan daripada puak Tonsundung ,puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan.Pada masa yang sama juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan.Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon.
Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadak n pesta besar besaran ,makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya .Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari Gombunan ke Tambunan.selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak .TAM diambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang.
Gambar kedai Tambunan satu masa dahulu
Keadaan jalan raya tambunan sebelum dinaiktaraf
No comments:
Post a Comment