Popular Posts

Monday, October 3, 2011

Gambar Kejadian Kapal terbang terhempas

sebuah kapal terbang B737 telah mengalami kecelakaan di udara yang membuatkan kapal terbang itu terputus 2 di udara dan menyebabkan kesemua penumpang mati tanpa dapat diselamatkan. Ini ialah 2 gambar asli yang di ambil oleh seorang penumpang iaitu Paulo G. Muller sebelum nyawanya melayang...



Gambar ini diambil dengan kamera digital Casio Z750 yang mana kamera itu telah hancur tetapi kad memorinya dijumpai di bahagian kokpit kapal terbang. Bayangkan penumpang ini masih mampu berdiri dan mengambil 2 foto sebegini di saat nyawa di hujung tanduk.

Wednesday, January 5, 2011

Karam Singh Waliah Meminta Maaf Kerana Menghina Melayu


KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.




7 Kelebihan Menjadi Orang B0doh

1. Orang b0doh sukar untuk mendapat kerja... jadi dia bersenang lenang mencari apa saja pekerjaan untuk

sesuap nasi. Orang pandai memerah otak untuk mendapat ijazah supaya senang mendapat kerja

2. Orang b0doh selalu melakukan kesalahan, maka dia mengambil orang pintar yang tidak pernah salah

untuk memperbaiki yang kesalahannya. Sebenarnya orang b0doh memerintahkan orang pintar untuk mengikut kehendak orang b0doh.




3. Orang pintar berusaha mendapatkan ijazah untuk mendapatkan kerja. Orang b0doh berfikir mendapatkan

wang untuk membayar gaji dan ijazah orang pintar.

4. Orang b0doh tidak tahu menulis dan mengira, maka disuruh orang pintar untuk membuatnya.


5. Orang b0doh hanya berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu, Sebaliknya orang pintar berfikir panjang

untuk kejayaan bosnya orang b0doh

6. Waktu bisnes orang b0doh maju, orang pintar akan menghabiskan waktu bekerja keras untuk mendapat

bonus, sementara orang b0doh menghabiskan waktu bercuti dan bersenang-lenang dengan keluarganya.

7. Mata orang b0doh akan mencari apa saja yang boleh dijadikan duit. Mata orang pintar selalu mencari

perkerjaan dan pangkat dari orang b0doh.

Bill Gates (Microsoft), Dell, Henry (Ford), Thomas Alfa Edison etc.., Adalah orang-orang B0doh yang kaya.

Ribuan orang-orang pintar bekerja untuk mereka. Dan puluhan ribu jiwa keluarga orang pintar bergantung

harap pada orang b0doh.

KESIMPULAN:
Jangan selalu menjadi orang pandai, kelak dirimu akan dipergunakan oleh orang2 b0doh.




Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...