Popular Posts

Friday, June 22, 2012

Bakar awek hidup-hidup

 
HITAM...ruang hadapan rumah mangsa yang terbakar, semalam. 
KUALA LUMPUR: Pertengkaran sepasang kekasih berakhir tragedi apabila lelaki berusia 35 tahun menyimbah petrol sebelum membakar teman wanitanya hingga menyebabkan 90 peratus tubuh mangsa melecur, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi itu turut menyebabkan ruang tamu rumah flat mereka di Taman Segar, Cheras di sini, musnah apabila api merebak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki terbabit dan mangsa yang berusia 23 tahun dikatakan tinggal bersama di rumah itu sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, polis sebelum itu menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai pertengkaran pasangan terbabit di rumah mereka di Blok C yang mengganggu ketenteraman penduduk lain. SUMBER

‘Kami tak gentar!’


 
PUAS...Ronaldo (kanan) puas selepas tewaskan penjaga gol Czech, Petr Cech sekali gus membantu Portugal ke separuh akhir.


WARSAW: Cristiano Ronaldo menganggap Portugal sudah ‘sedia untuk berjuang’ merebut tempat di final Euro 2012.
Ronaldo sekali lagi menjadi pemenang perlawanan apabila tandukannya membantu Portugal menewaskan Republik Czech, 1-0 di suku akhir, semalam, untuk bertemu sama ada Sepanyol atau Perancis di separuh akhir.

“Sasaran utama kami adalah mara ke final. Kami mempunyai pasukan yang hebat dan saya berpendapat peluang kami 50-50 selain perlu percaya mampu melakukannya. Kami sudah sedia untuk berjuang,” katanya.
Ronaldo meneruskan persembahan luar biasanya ketika bertemu Belanda pada pertemuan terakhir peringkat kumpulan dengan satu lagi persembahan menarik dan percubaannya terkena tiang gol setiap separuh masa sebelum mengatasi kebuntuan perlawanan menerusi tandukan bertenaga.

“Gol itu menarik,” kata penyerang Real Madrid itu. “Pada 20 minit pertama kami tidak begitu baik tapi memperbaiki persembahan selepas itu. Ia perlawanan yang sempurna buat kami dengan begitu banyak peluang. Pemain Czech langsung tidak mencipta satu peluangpun.

“Kami mempunyai kualiti untuk mara ke separuh akhir. Kami gembira tapi sedar perlawanan berikutnya pasti lebih sukar tapi pasukan ini sudah sedia melakukannya.” Jurulatih Portugal, Paulo Bento setuju pasukannya begitu menyerlah dalam perlawanan menentang lawan yang berdisiplin dan berasa mereka berhak menempah tiket separuh akhir.

“Kami bermain lebih di babak kedua dan sebab itu saya kata kami berhak menang,” katanya. “Kami sudah sedia dengan strategi terbaik. Kami sedar mereka akan cuba bertahan dan menentang kami menerusi serangan balas kerana mereka mempunyai pemain pantas dan teknik yang mantap.

“Semua pemain melaksanakan tugas mereka di padang dan Ronaldo bermain mengikut taktik kami dan dia bijak mencari ruang dalam kawasan penalti.” Portugal akan bertemu sama ada juara bertahan Sepanyol atau Perancis yang menyingkirkan mereka di separuh akhir Euro 2000. “Matlamat kami adalah untuk menewaskan Perancis atau Sepanyol. Tidak akan ada matlamat lain bagi kami.” - Agensi SUMBER

LIN DAN Rampas Ranking no.1 Dunia


LIN DAN merampas ranking nombor satu dunia milik pemain negara, Datuk Lee Chong Wei selepas kedudukan terbaru dikeluarkan badan induk badminton dunia BWF semalam menunjukkan jaguh China itu yang juga pemenang pingat emas Olimpik Beijing, meninggalkan pencabarnya dengan perbezaan 1,414 mata. Berikutan kecederaan dialami Chong Wei, peralihan ranking ini memang dijangka selepas pemain utama negara itu tidak dapat menyertai sebarang kejohanan, termasuk Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu, kejohanan yang pada awalnya berada dalam kalendar pertandingan Chong Wei. “Kami memang jangkakan perkara ini akan berlaku kerana sebelum ini kedudukan mata antara Chong Wei dan Lin Dan terlalu rapat,” kata jurulatihnya Tey Seu Bock. Kedudukan ranking terbaru itu dikira berdasarkan penyertaan Lin Dan di Terbuka Thailand, meskipun juara Olimpik itu terkandas di suku akhir. Chong Wei mengungguli ranking nombor satu dunia sejak 21 Ogos 2008 hingga 20 Jun lalu. Perubahan ranking dunia ini bagaimanapun tidak akan mempengaruhi ‘seeding’ pemain di temasya Olimpik London bulan depan kerana ia diatur mengikut kedudukan ranking 3 Mei lalu. Begitupun, Lin Dan pastinya mendapat satu lagi semangat tambahan menjelang saingan badminton di Olimpik London yang akan bermula 28 Julai hingga 5 Ogos ini. Selain rekod pertemuan yang memihak Lin Dan, kecederaan Chong Wei yang dialami di pusingan akhir Piala Thomas Mei lalu, menjadi tonik paling berharga buat jaguh China itu meraih keyakinan tinggi mempertahankan emas Olimpik kali ini. SUMBER

DAFTAR PEMILIH ONLINE

DAFTAR PEMILIH ONLINE | MUATURUN BORANG A DI LAMAN WEB WWW.SPR.GOV.MY | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai semalam menyediakan kemudahan memuat turun Borang A untuk mendaftar sebagai pemilih daripada laman webnya, www.spr.gov.my dan ia bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.

Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang itu, bagaimanapun pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang ke kaunter pendaftaran pemilih SPR. Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR atau anda boleh baca dibawah :
SYARAT-SYARAT LAYAK MENJADI PEMILIH ?
1 – Warganegara Malaysia;
2 – Sudah Mencapai Umur 21 Tahun;
3 – Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia dan ;
4 – Tidak hilang kelayakan
TATACARA PENGISIAN DAN PENGHANTARAN BORANG A
1 – Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu;
2 – Daftar mengikut alamat terkini di JPN;
3 – Pastikan Borang A diisi dengan betul;
4 – Hantar sendiri borang permohonan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui Penolong Pendaftar SPR;
5 – Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan ;
6 – Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda;
Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.
MUAT TURUN : DOWNLOAD BORANG A – PENDAFTARAN PEMILIH LUAR NEGARA

Tuesday, June 19, 2012

Direct Link To Download PC Games


 The Witcher 2: Part 1: http://dl5.p30day.com/game/90/02/the-witcher-2/The%20Witcher%202%20Assassins%20of%20Kings-Black_Box_[www.P30Day.com].part1.rar
Part 2: http://dl5.p30day.com/game/90/02/the-witcher-2/The%20Witcher%202%20Assassins%20of%20Kings-Black_Box_[www.P30Day.com].part2.rar
Part 3: http://dl5.p30day.com/game/90/02/the-witcher-2/The%20Witcher%202%20Assassins%20of%20Kings-Black_Box_[www.P30Day.com].part3.rar
Part 4: http://dl5.p30day.com/game/90/02/the-witcher-2/The%20Witcher%202%20Assassins%20of%20Kings-Black_Box_[www.P30Day.com].part4.rar
Part 5: http://dl5.p30day.com/game/90/02/the-witcher-2/The%20Witcher%202%20Assassins%20of%20Kings-Black_Box_[www.P30Day.com].part5.rar
Part 6: http://dl5.p30day.com/game/90/02/the-witcher-2/The%20Witcher%202%20Assassins%20of%20Kings-Black_Box_[www.P30Day.com].part6.rar
Part 7: http://dl5.p30day.com/game/90/02/the-witcher-2/The%20Witcher%202%20Assassins%20of%20Kings-Black_Box_[www.P30Day.com].part7.rar Password {www.p30day.com}.

Cara kuatkan signal wifi

Disini saya mahu kongsikan satu cara yang lawak tapi berkesan untuk menguatkan signal wifi kita...mudah, murah dan berkesan...saya sudah cuba tau...memang berkesan punya.. Ikuti langkah2 di bawah.. :) cuba jangan tak cuba..

Apa Yang Budak Jepun Ini Buat Dengan Pisangnya

  Pemuda Jepun yang bernama Keisuke Yamada punya hobi mengukir pisang sebelum memakannya.  Dan ukiran pisangnya memang terk...